,
Buletin

BENTLEY BENTAYGA SIAP EKZOS AKRAPOVIČ!

Bentley Bentayga bukan sekadar SUV biasa, ia adalah model premium dengan kuasa tinggi. Masakan tidak, Bentayga yang dipandu Rhys Millen pernah mencatatkan rekod baharu pada acara pendakian Pikes Peak sebagai SUV produksi terpantas.

Dari luar SUV ini tampil dengan gaya konvensional namun prestasi Bentayga Speed misalnya mencecah 626hp dan tork 900Nm.

Beberapa tahun di pasaran, model 2020 hadir dengan perubahan luar dan dalam di samping prestasi enjin luar biasa. 

Ini pula tawaran terbaru dari Bentley, Bentayga dengan ekzos Akrapovič.

Bentley Bentayga Pikes Peak 2018

Bentley memperkenalkan empat koleksi aksesori baharu bagi menyerlahkan lagi ciri individualisme, kemewahan dan kegunaan Bentayga iaitu Exterior, Interior, Touring dan Protection.

Aksesori tersebut dibangunkan oleh para jurutera sama seperti kereta serta diuji pada tahap pengawasan sama untuk jaminan kualiti yang rapi.

Satu dari aksesori menarik perhatian ialah ekzos sport yang dihasilkan bersama Akrapovič. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Bentayga nampak sahaja konvensional tetapi luar biasa.

Ekzos ini menghasilkan nota bunyi lebih menonjol dan diperbuat dari titanium gred tinggi selain berat yang ringan.

Set ekzos Akrapovič terdiri dari paip sambungan, peredam bunyi, dua set hujung paip (tailpipe) bujur dan menariknya mempunyai ukiran Bentley dan Akrapovič dengan lapisan khas untuk lebih ketahanan serta perlindungan.

Bahagian tengah penyenyap (silencer) diganti dengan paip lurus yang mengalirkan gas ekzos kepada peredam bunyi belakang di mana gas itu melalui putaran mengikut celahan dalaman bagi menghasilkan bunyi lebih berkarakter.

Melalui kerjasama rapat di antara jurutera Bentley dan Akrapovič, set ekzos itu direka secara spesifik untuk Bentayga.

Ia menggunakan komponen kompleks dengan acuan faundri (tempat leburan) oleh Akrapovič sendiri seperti perumah injap ekzos.

Anda boleh memiliki set ekzos Akrapovič dari kedai luar namun lebih istimewa apabila mempunyai logo Bentley, ditawarkan sebagai aksesori rasmi dan dihasikan khusus oleh kedua-dua pihak.

Sistem ekzos ini sebenarnya dipengaruhi oleh sistem ekzos khas yang dibuat oleh Akrapovič untuk digunakan pada Bentayga Pikes Peak. 

Ia ditawarkan untuk Bentayga V8 di pasaran Amerika Utara dan Timur Tengah. Versi untuk Bentayga W12 generasi pertama pula ditawarkan di peringkat antarabangsa sebagai aksesori selepas jualan.

Berikut lagi pakej tawaran dari Bentley untuk Bentayga:

ExteriorKowl cermin gentian karbon dengan kilatan tinggi, pemijak sisi, rubber tread dengan corak berlian sekeliling kereta di antara pelindung lindungan roda (wheel arch).

InteriorTambahan perehat kaki dengan karpet tebal, bantal kemasan kulit, bagasi khas, beg golf.

TouringRuang simpanan tambahan atas bumbung, kotak Bentley dengan kapasiti 320 liter dan 75kg, rak yang boleh membawa tiga basikal, enam set ski dan simpanan untuk barang berharga. 

Kotak simpanan pelbagai fungsi di dalam but dengan dinding dan lantai tahan lasak serta kalis air. Kapasiti sehingga 100 liter.

Load assist tray dengan kapasiti beban 300 kg dan diperbuat dari aluminium ringan.

Bentley Cycle Carrier untuk membawa dua atau tiga basikal menggunakan bar tunda. 

ProtectionPelindung kereta jenis dalaman (indoor) dan luaran, pelapik lantai tugas berat (heavy duty) untuk dalaman kereta dan pelindung selut (mud flap) khas yang diperbuat dari TPE tahan lasak.

BACA: SELAMAT TINGGAL ENJIN BENTLEY L-SERIES V8, DARI 1959-2020!

BACA: BENTLEY JUAL MADU BENTLEY BEE – TERNAK LEBAH DI KILANG

BACA: BENTLEY FLYING SPUR KINI LEBIH BESAR DAN CANGGIH – NAK LAWAN S-CLASS & MAYBACH

Tags
Google ads
Back to top button