Buletin

BENTLEY CONTINENTAL GT S – 542/770NM, KEMASAN BLACKLINE SPESIFICATION, BERMULA RM1.06 JUTA

Selain Bentayga Extended Wheelbase (EWB) Azure, Bentley Kuala Lumpur turut memperkenalkan model Continental GT S ke pasaran tempatan. 

Sudah boleh ditempah dan ditawarkan pada harga bermula RM1.06 juta, jentera coupe sports mewah berprestasi tinggi itu menggunakan enjin V8 crossplane 4.0 liter turbo berkembar.

Berupaya menghasilkan 542hp dan tork 770Nm, enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi sistem AWD yang membolehkan Continental GT S memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.0 saat dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 318 km/j.

Kemasan Blackline Specification yang dipasang jelas membuatkan Continental GT S tampil lebih sporty yang menggantikan kemasan krom pada beberapa komponen. Jentera itu juga dilengkapi rim baharu bersaiz 22 inci berwarna hitam berkilat atau Pale Brodgar Satin.

Pelanggan boleh memilih rim tri-spoke bersaiz 21 inci  yang didatangkan dengan kemasan hitam berkilat dan bright machined yang unik untuk GT S.

Masuk ke ruang kabin, Continental GT S mengalu-alu pemandu dan penumpang dengan kemasan  dua tona unik yang melibatkan bahan Dinamica pada roda stereng, tombol gear, kusyen dan bahagian belakang. 

Manakala material kulit boleh didapati pada trim pintu, bolster tempat duduk, panel instrumen dan konsol.

Tema kelajuan ditampilkan pada panel instrumen pemandu yang membawakan grafik khas seperti Continental GT Speed. Tidak ketinggalan, emblem S pada penghadang kepala dan lencana logam S pada ambang pintu yang bercahaya.

GALERI

Google ads
Back to top button