,
Buletin

GEELY NAFI MAHU BELI BENTLEY

Sejak beberapa hari lalu, timbul khabar angin bahawa pengeluar kenderaan berpengaruh dari China, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) berhasrat untuk membeli anak syarikat Volkswagen, Bentley.

Berita itu timbul kerana Volkswagen dilapor akan beralih kepada penghasilkan kenderaan dengan tenaga baharu dan pemanduan berautonomi menjelang tahun 2030.

Hala tuju baru itu pastinya menyukarkan beberapa jenama di bawah Volkswagen untuk terus hidup terutamanya Bentley. Volkswagen bagaimanapun mahu mengekalkan jenama-jenama utama seperti Volkswagen, Audi dan Porsche.   

Namun, semalam Geely menafikan ia mahu membeli jenama mewah dari Britain itu. Naib Presiden Geely Autmobile,  Yang Xueliang memberitahu wartawan bahawa khabar angin itu tidak betul. 

Sejak beberapa tahun lalu, Geely dilihat rancak membeli beberapa jenama automotif. Ia membeli Volvo pada tahun 2010.

Pada tahun 2018 pula, Geely membeli sebahagian besar saham Proton yang turut melibatkan Lotus. Harus tahu juga Geely merupakan pemegang saham terbesar Daimler dengan hampir 10 peratus. 

Nama Geely disebut-sebut kerana ia dilihat berjaya menjadikan Volvo yang hampir terkubur kembali mencatat keuntungan besar. Ketika berada d bawah Ford, Volvo mengalami kemerosotan jualan yang paling teruk pada tahun 2009. 

Namun, selepas dibeli oleh Geely, Volvo berjaya menjual 44,9000 unit kenderaan, naik 20.3 peratus di seluruh dunia pada tahun 2011.  

Bentley kini berada dalam dilema sama seperti Volvo dahulu. Walaupun bernaung di bawah payung Volkswagen, Bentley mengalami kerugian sebanyak €290 juta (RM1.3 bilion) pada tahun 2018.

Jualan di peringkat global juga jatuh hampir 14 peratus dengan hanya 9,100 unit terjual tahun lalu.  

Tags
Google ads
Back to top button