
DAIHATSU AYLA DAN TOYOTA AGYA – MASIH BEREBUT PELANGGAN KAH UNTUK GENERASI BAHARU NI?
Umum mengetahui, model kompak terkemuka dari Daihatsu / Toyota menerusi model Ayla dan Agya cukup popular di Indonesia walaupun masing – masing sebenarnya adalah model yang serupa. Dan sejajar dengan pelancaran model generasi baharu kedua, strategi pemasaran yang sama masih lagi digunapakai.
Persoalannya sekarang ini, masih berebut lagikah kedua model ini di kalangan pelanggan di sana? Mungkin ada yang masih keliru tentang strategi kedua Daihatsu dan juga Toyota. Jikalau dahulu mungkin ada sedikit perebutan kerana segmen yang serupa tapi kini ianya semakin jelas hala tuju bagi keduanya.
Yang pasti, Daihatsu akan menumpukan segmen Low Cost Green Car (LCGC) menerusi model Daihatsu Ayla ini, terutamanya dengan penumpuan terhadap enjin yang hanya bersesaran 1,000 cc serupa seperti model Perodua Axia yang ditawarkan di tempat kita.

Berbanding Daihatsu yang lebih menumpukan untuk pasaran golongan marhaen di sana, Toyota pula mengambil langkah yang lebih berani apabila memperkenalkan enjin yang bersesaran 1200 cc WA-VE . Enjin baharu ini sudah semestinya mempunyai tenaga yang lebih berbanding 3NR-VE yang digunakan sebelum ini. Dikatakan tork enjin baharu ini mampu mencapai 113 Nm berbanding 104 Nm enjin sebelumnya.
Daihatsu Ayla ini dijual pada harga serendah Rupiah 134,000,000 (RM39,592) untuk varian 1.0 M dan juga semahal Rupiah 189,900,000 (RM56,108) untuk varian 1.2 R CVT ADS. Sudah semestinya harga yang lebih terjangkau untuk rakyat di sana. Dan tahukah bahawa Daihatsu Indonesia menawarkan sehingga sembilan varian kepada rakyat di sana.
Sudah pasti penampilan Toyota Ayla ini masih lagi kelihatan sedikit garang walau pun hanya varian standard. berbanding saudaranya si Daihatsu Ayla yang sepertinya cukup sopan dan pekerti. Paling garang sudah tentulah varian Agya GR Sport. Sudahlah guna gear manual, memang feeling tengah pandu GR Yaris dah rasanya.

Harga Toyota Agya ini pula dijual pada harga Rupiah 175,400,000 (RM51854) untuk varian G dan paling mahal adalah varian Agya GR Sport Rupiah 237,500,000 (RM70,213). Memang cukup mahal untuk sebuah model kecil sebegini.
Disebalik perbezaan yang kian ketara diantara model Daihatsu Ayla dan juga Toyota Agya ini, yang pasti Toyota sendiri mahu mencabar sebuah lagi model kompak yang popular juga di sana, Honda Brio. Secara perbandingan mudah, Honda Brio juga menggunakan sesasaran enjin yang serupa juga dengan Toyota Agya. Harga pun lebih kurang juga tiada beza sangat.
Jadi tidak tidak timbul lagi isu berebut pelanggan atau tidak. Masing – masing telah pun mempunyai sasaran pelanggan yang berbeza.
BACA : KEMBAR AXIA, TOYOTA AGYA 2023 DILANCARKAN DI INDONESIA, 1.2L 3 SILINDER, 86HP, HARGA MASIH RAHSIA
BACA : DAIHATSU AYLA & TOYOTA AGYA – APA YANG MENARIK TENTANG MODEL HATCHBACK KOMPAK INI?









