
Artikel Pilihan
DAIHATSU AYLA & TOYOTA AGYA – APA YANG MENARIK TENTANG MODEL HATCHBACK KOMPAK INI?
Memandangkan Perodua Axia baharu bakal diperkenalkan tidak lagi di pasaran kita, apa kata kita cuba imbas semula kembar milik Perodua Axia di pasaran Indonesia. Daihatsu Ayla dan juga Toyota Agya. Sama seperti gandingan Rush – Terios yang turut mendominasi segmen kenderaan tujuh tempat duduk di sana, gandingan Ayla – Agya turut merupakan Raja buat segmen LGCC (Low Green Car Cost).
- Untuk yang tidak tahu, kedua model Daihatsu Ayla dan Toyota Agya ini sebetulnya diproduksikan melalui kilang pemasangan oleh Astra Daihatsu Motor di Kerawang, selaku pengedar sah jenama Daihatsu di sana.
- Dan seperti biasa, model keluaran Daihatsu ini akan berada satu tangga di bawah jenama Toyota, selaku abang besar mereka.
- Kedua model Daihatsy Ayla dan Toyota Agya ini mula menemui pasaran di Indonesia pada September 2013 setelah mula dipertontonkan untuk tatapan umum sewaktu Indonesia International Motor Show pada tahun 2012.
- Sebagai model bawahan, varian Daihatu Ayla yang paling asas (D) menggunakan trenkuasa daripada 1KR-DE, 989 cc. Power Stereng pun tak ada. Mujur tayar guna size kereta sorong. Tak adalah penat sangat memulas stereng.

- Manakala varian tertinggi (R Deluxe) pula menggunakan trenkuasa 3NR-VE 1197cc yang lebih berkuasa serta dilengkapi dengan ciri tambahan Aero Kit bagi menampilkan rupa yang lebih senonoh dan sedap mata memandang.
- Toyota Agya pula tampil dengan rekaan yang lebih kelihatan sporty berbanding model Ayla.
- Awalnya masih menggunakan trenkuasa 1.0 liter yang sama tetapi dilengkapai dengan VVT-i sebelum trenkuasa 1.2 liter mula ditawarkan ketika model facelift diperkenalkan pada tahun 2017.
- Trenkuasa 1.2 liter ini merupakan nadi yang sama digunakan pada model MPV Daihatsu Calya / Toyota Sigra.
- Ketika itu, harga yang ditawarkan cukup signifikan buat kedua model. Modal asas (D) Daihatsu Ayla dijual bermula 92.550,000 Rupiah (RM 26,235) manakala Toyota Agya pula dijual sekitar 131,500,000 Rupiah (RM 37,276) Banyak juga beza tu.

- Paling menarik varian daripada Toyota adalah Agya GR Sport. Walau pun hanya hadir dengan rekaan kosmetik ala GR tanpa membabiskan sebarang tingkat taraf membabitkan kelajuan, namun adalah dipercayai ianya berjaya memberikan jiwa kelajuan sehingga 20% berbanding kelajuan varian standard.
- Berbanding model kedua ini yang terlebih dahulu dilancarkan berbanding Axia ditempat kita sebelum ini, generasi baharu Ayla – Agya hanya bakal diketahui sesudah ianya dilancarkan di Malaysia. Dan ini merupakan suatu strategi yang cukup bijak sebenarnya apabila hype untuk model Axia generasi baharu ini cukup hangat oleh media permotoran di Indonesia.
- Pastinya Mas Joko, Mas Bambang mahu pun Mbak Susi tidak sabar untuk melihatkan generasi terbaharu Ayla – Agya mereka. Model sedia ada pun dah sepuluh tahun berada dalam pasaran.
BACA : TOYOTA-DAIHATSU RAJA KATEGORI LCGC INDONESIA
BACA : TOYOTA DAN DAIHATSU DI INDONESIA : BEREBUT PELANGGAN KE TAK NI?