Buletin

HYUNDAI KONA SUDAH BOLEH DITEMPAH. ENJIN 1.6L T-GDI, HARGA BERMULA RM115K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini mengumumkan bahawa akan melancarkan SUV terbaharu, Hyundai Kona pada suku keempat 2020 ke pasaran Malaysia.

Jadi, mereka yang berminat sudah boleh membuat tempahan mulai sekarang. 

Berita itu disahkan lagi dengan tersebarnya beberapa keping gambar Kona sedang dipandu di kawasan Ara Damansara. Ia akan melengkapkan lagi barisan tawaran SUV Hyundai yang sebelum ini hadir dengan model Tucson dan Santa Fe.

Kona akan diperkenalkan sebagai sebuah model import sepenuhnya dari kilang Ulsan, Korea Selatan. Menjadi SUV segmen B pertama HSDM, Kona disasarkan kepada pelanggan yang menjalani gaya hidup aktif. Nama Kona diambil daripada sebuah daerah di pulai Hawaii. 

Ia meneruskan rekaan baharu Hyundai menerusi gril hadapan yang besar, sepasang lampu utama dan lampu kabus LED nipis. Posisi pemanduan juga lebih tinggi untuk memberi lebih keyakinan kepada pemandu. 

Kona dikuasakan oleh enjin T-GDi bersesaran 1.6 liter yang mampu menjana kuasa sekitar 177PS dan tork 265Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear DCT 7-kelajuan. 

Hyundai mula menjual Kona di Korea Selatan pada 2017. Sejak itu, lebih 600,000 unit teah terjual di seluruh dunia melibatkan varian HEV dan EV. 

Berapa harga Kona nanti? Menurut HSDM, Kona akan ditawarkan pada harga bermula RM115,00 seunit.

Jentera itu akan bersaing secara langsung dengan model-model seperti Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Proton X50 yang dijadual diperkenalkan tidak lama lagi. 

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button