
HYUNDAI KONA, UNTUK LELAKI KUAT KONA
Ketika Hyundai Kona dipamerkan di Pameran KLIM 2018 2 tahun lepas, penulis sempat melihat sendiri SUV kompak yaang ketika itu baru sahaja membuat kemunculan di peringkat global. Walaupun pihak Hyundai Malaysia menyatakan hasrat untuk membawa masuk Kona, namun selepas 2 tahun barulah Hyundai usaha tersebut dapat direalisasikan.
1. Nama – Hyundai ini memang terkenal dengan mengambil nama tempat di serata Amerika sebagai nama model mereka, mungkin nak bodek orang Amerika untuk beli Hyundai (Santa Fe, Tucson). Kona ini merupakan salah satu daerah di Pulau Hawai. Tapi di Portugal ia dikenali dengan nama Kauai. Sebab apa? Korang cari la sendiri

2. Rekaan – bahagian luar direka oleh Lucke Donckerwalke, merupakan salah seorang yang bertanggung jawab dalam rekaan Volkswagen, Audi dan juga Bently. Luc menghasilkan rekaan Kona ini sewaktu menggalas tugas sebagai Hyundai-Kia Chief Designer
Lampu LED DRL diposisikan di bahagian atas, lampu utama dipasang di bahagian bampar di mana lampu kabus selalu dipasang. Kedudukan lampu kabus diubah ke bahagian tengah. Ok ke tak ni?

3. Crossover – Kona direka sebagai crossover kompak yang berada dalam segmen B. Ia bakal bersaing dengan Mazda CX-3, Honda HRV dan juga Toyota CHR. Kona menggunakan konfugurasi enjin di depan dengan pacuan hadapan
4. Enjin – salah satu kekuatan Kona ialah penggunaan enjin 1.6 TGDI (turbo gasoline direct injection) yang menghasilkan 175 kuasa kuda dan 265Nm tork. Penulis sudah mencuba enjin ini pada model Tucson dan terbukti tork yang dihasilkan memang lazat berkrim.

5. Transmisi – enjin TGDI ini akan dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7 kelajuan . Hyundai menyatakan gabungan transmisi ini membolehkan Kona memecut dari 0-100km/j dalam masa 7.7 saat dan halaju maksimanya ialah 210km/j. Purata penggunaan bahan api ialah sekitar 13.7km per liter.
6. Dimensi – panjang Kona ialah 4165mm, lebar 1800mm dan tinggi 1565mm. Jarak antara roda pula ditetapkan pada 2600mm. Hyundai Kona mampu memuatkan 5 penumpang dalam satu masa dan kapasiti ruang kargo ialah sekitar 540 liter.

7. Cesi – disebabkan ia dibangunkan berasaskan kompak Hyundai i20, maka beberapa komponen turut dikongsi dengan Kona. Suspensi depan menggunakan topang McPherson dan belakang digandingkan dengan suspensi torsion beam. Bagi spesifikasi luar negara, brek cakera akan dipasang pada semua roda depan dan belakang.
8. Aspek keselamatan – selain dipadankan dengan sistem ESC, Vehicle Stability Management, serta 6 beg udara Hyundai Kona juga akan dilengkapkan dengan teknologi terkini seperti sistem amaran titik buta dan juga sistem amaran lintasan trafik di bahagian belakang.

Kalau kita bernasib baik, Kona juga akan dilengkapkan dengan Lane Keeping Assist, brek AEB dengan pengesan pejalan kaki serta sistem Driver Alert Assist. Ini kalau….
9. Ciri Dalaman – sistem audio yang dibekalkan akan dilengkapkan dengan sambungan Android Auto serta Apple Car Play, 2 soket pengecas telefon pintar, kerusi pemandu dengan 8 cara tetapan, kusyen belakang yang boleh dilipat 60:40, sistem penyaman udara automatik dan kalau kita bernasib baik mungkin kita akan mendapat sistem HUD serta pengecas telefon tanpa wayar.
