Buletin

DISKAUN 20% LEBUHRAYA AKLEH SEPANJANG APRIL

Pemilik Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH),
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengumumkan sebentar tadi kadar diskaun untuk pengguna lebuhraya tersebut khas untuk bulan April.

Pengguna akan menikmati diskaun tol sebanyak 20 peratus atau diskaun 50 sen daripada kadar biasa. Kadar semasa tol tersebut ialah RM2.50 dan selepas diskaun, pengguna cuma pelru membayar RM 2.00.

Bagaimanapun ia hanya terpakai untuk laluan pada jam 5.00 pagi hingga 8.00 pagi pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat, untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

Google ads
Back to top button