
SISTEM KUTIPAN TOL SECARA PEMBAYARAN TERBUKA DILAKSANAKAN SEPTEMBER INI
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengumumkan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (Open Payment System) akan dilaksanakan di 12 lebuh raya terpilih pada September 2023.
Ia menjelaskan bahawa Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka merupakan inisiatif awal sebelum pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi Lane Fast Flow (MLFF).

“Sistem ini memberikan alternatif kaedah pembayaran tol kepada pengguna lebuh raya dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau kad prabayar selain daripada mod pembayaran sedia ada,” memetik kenyataan dari hantaran Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia.
“Ini memberi pilihan pembayaran tol kepada pengguna lebuh raya, yang mana tidak terhad kepada satu skim penyedia pembayaran sahaja.”
Lembaga Lebuhraya Malaysia berharap alternatif pembayaran tol ini dapat memudahkan pengguna lebuh raya, sekaligus memberikan pengalaman baharu dalam perkhidmatan di lebuh raya. – Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia
- BACA: CULAS BAYAR TOL, PEMANDU TRAK PIKAP WARGA KEMBOJA DITAHAN POLIS THAILAND
- BACA: BAYARAN TOL RM225.80 DARI JAKARTA KE BANDUNG, PEMANDU ANGGAP TAK LOGIK
- BACA: SISTEM KUTIPAN TOL SECARA PEMBAYARAN TERBUKA DILAKSANAKAN SEPTEMBER INI, MELIBATKAN 12 PLAZA TOL
- BACA: MPV SANGKUT DI PALANG TOL, BAWA MUATAN LEBIH HAD MAKSIMUM 2.1 METER