Buletin

BADAN SEMENTARA DITUBUH UNTUK AMBILALIH FUNGSI AAM

Susulan daripada pembatalan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sebagai badan sukan bermotor Malaysia, Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) telah berbincang dan mengadakan pertemuan dengan badan-badan gabungan sukan permotoran di Malaysia.

Sehubungan itu, telah diputuskan untuk mewujudkan Protem Motorsports Committee di bawah PJS yang berfungsi untuk menyelia dan mengurus hal ehwal sukan permotoran di dalam negara.

Protem Motorsports Committee ini akan bertanggungjawab terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan permotoran di Malaysia.

Untuk makluman, pelumba yang telah mempunyai lesen perlumbaan AAM boleh meneruskan aktiviti sukan permotoran seperti biasa.

Protem Motorsports Committee akan menjalankan fungsi AAM sebagai National Sporting Authority (ASN – FIA) dan National Motorsports Federation (FMN – FIM) sehingga badan baru yang sah ditubuhkan.

Google ads
Back to top button