Buletin

DRAMA TAYAR PANCIT. HAMILTON TETAP UNGGUL KUASAI GP BRITAIN KALI KETUJUH

Biarpun berdepan tayar pancit pada pusingan terakhir, pelumba pasukan Mercedes-AMG, Lewis Hamilton masih mampu merangkul kejuaraan menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Britain.

Juara enam kali itu, berdepan masalah tayar kiri pancit di bahagian hadapan tetapi berjaya mengenepikan saingan daripada pemandu Red Bull, Max Verstappen.

Verstappen berpeluang memenagi perlumbaan jika tidak melakukan hentian pit pada lewat saingan untuk menukar tayar baharu.

Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Terdahulu, Valtteri Bottas yang mengekori rapat rakan pasukan Hamilton, mengalami situasi sama tayar pancit pada dua pusingan terakhir.

“Sehingga pusingan terakhir, perlumbaan berjalan dengan lancar. Apabila tayar Bottas pancit, saya melihat tayar jentera saya dan mendapati ia dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun, pada pusingan terakhir apabila memperlahankan jentera, saya dapat merasai tayar pancit. Bahkan, kelihatan tayar mula tercabut dari rim,” kata Hamilton.

Beliau berkata hanya mampu berdoa agar dapat menamatkan perlumbaan dalam situasi berkenaan. – agensi

Google ads
Back to top button