MCLAREN SENNA LM HANCUR. DIDAKWA MILIK BEKAS PEMANDU F1, ADRIAN SUTIL
Hypercar Mclaren Senna LM rosak teruk apabila terlibat dalam kemalangan di Monaco pada hujung minggu lalu.
Jentera berkenaan didakwa milik bekas pemandu F1, Adrian Sutil yang merupakan salah satu daripada dua kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.
Imej kemalangan mula tersebar di Instagram tetapi tanpa konteks. Bahkan, rakaman video jentera Senna LM berwarna jingga ditunda trak penunda turut mendapat perhatian di reddit.
Menurut autoevolution, sehingga laporan ini ditulis, tiada maklumat berhubung pemilik kenderaan, punca kemalangan, malah keadaan pemandu kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, buzz online berkata Senna LM tersebut merupakan kereta sangat rare malah secara rasmi ia tidak wujud. Bahkan, mereka mendakwa, ia dimiliki bekas pemandu F1, Adrian Sutil.
Tidak dapat dipastikan sama ada Adrian Sutil berada di lokasi kejadian.
Berdasarkan gambar, jentera Mclaren terbabit melanggar tiang lampu sehingga bahagian hadapan remuk teruk.
Mclaren Senna LM dilancarkan secara tidak sengaja pada bulan Jun tahun ini merupakan penghormatan atas kemenangan Mclaren F1 GTR di Le Mans 1995.
Ia dibangunkan berdasarkan kereta litar Senna GTR dan berkemampuan menghasilkan kuasa 800 hp.
Jentera edisi terhad ini hanya dikeluarkan sekitar 20 hingga 25 unit. Gambar Sutil bersama Mclaren Senna LM terdapat di online tetapi tiada kenyataan rasmi mengatakan dia pernah menerima kenderaan ini.
Pada masa lalu, dia pernah kelihatan bersama jentera seperti Porsche Gemballa Mirage GT, Pagani Huayra, Bugatti Veyron serta Chiron dan beberapa model edisi terhad Ferrari.
- BACA: INILAH MASANYA UNTUK MEMBELI HYPERCAR MISTERI TERBARU MCLAREN – KALAU MAMPU
- BACA: MCLAREN P1 JAHANAM DIPANDU RAKAN. BOLEH PUTUS SAUDARA MACAM NI
- BACA: MCLAREN PERTIMBANG CAGAR KILANG DAN KOLEKSI BERSEJARAH UNTUK DAPATKAN DANA
- BACA: BINTANG BAYERN MUNICH DIDENDA RM273,000 KERANA PANDU MCLAREN KE SESI LATIHAN