Buletin

EAGLE I CVR LANCAR PERAKAM VIDEO DI DALAM KENDERAAN VISION 1 & IRIS-M1

Eagle I CVR baru-baru ini memperkenalkan perakam video di dalam kereta (CVR) ke pasaran tempatan. CVR memang berguna dalam membantu merakam perbuatan jenayah dan kemalangan yang dilihat semakin meningkat di Malaysia.

Pada tahun 2016, Eagle I ada lebih 600 pengedar dan 15 pusat servis di seluruh Negara. Ia mensasarkan untuk mempunyai 1,000 pengedar dan 50 pusat servis pada tahun ini.

eagle-i-cvr-vision-1-mekanika-1

Sebelum ini, Eagle I CVR telah melancarkan empat CVR jenis cermin dan tujuh CVR mudah alih. Kini, syarikat tersebut memenawarkan kepada pelanggan dua CVR baharu iaitu Vision 1 dan Iris-M1.

VISION 1

CVR Vision 1 dibina menggunakan teknologi termaju bersama kualiti imej definisi tinggi. Dari segi spesifikasinya, Vision 1 mempunyai skrin bersaiz 3.5 inci dengan paparanlensa kaya enam lapisan 480 X 320 piksel.

Peranti itu dikuasakan oleh pemproses MT6735VCM dengan RAM 1GB dan storan 8GB. Kapasiti storan boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan kad microSD.

eagle-i-cvr-vision-1-mekanika-3

Dimensi badannya ialah 97mm X 61mm X 18mm dan hanya seberat 127 gram. Ia menawarkan kamera Full HD yang menyokong resolusi video VGA/HD/FHD 30fps dan direkod dalam format video 3gp. Ia juga mampu merakam gambar biasa.

Vision 1 hadir dengan bateri yang boleh dicaj semula berkapasiti 400mAh. Lebih menarik lagi, CVR itu menggunakan sistem operasi Android 5.1. selain memiliki satu slot kad SIM yang menyokong rangkaian mudah alih 3G/4G dan ketersambungan WiFi.

Dengan ciri tersebut, anda boleh berkongsi video secara langsung tanpa perlu memindahkannya ke peranti lain untuk menontonnya. Integrasi dengan aplikasi WeChat membolehkan anda berkongsi video dengan semua rakan WeChat anda.

eagle-i-cvr-vision-1-mekanika-2

Vision 1 dilengkapi beberapa ciri unik seperti:

RAKAMAN LOOP: Teknologi rakaman pintar membolehkan Vision 1 terus merakam apabila pacuan storan telah penuh. Anda boleh menyimpan rakaman dengan menekan satu butang di sebelah kanan.

MENCARI LOKASI KERETA: Dapatkan loakasi, foto dan video kereta melalui WeChat.

AUTO VIDEO LOCK: Alat pengesan binaan dalam akan ‘mengunci’ video pada masa sebenar apabila ia mengesan kereta dipecut atau dibrek secara tiba-tiba, berlanggar atau paten pemanduan biasa berubah. Ciri ini memastikan rakaman video yang penting tidak dipadam.

RAKAM MOMEN-MOMEN INDAH: Rakam pemandangan yang cantik dan lihat dengan hanya satu klik. Muat naik dan kongsi gambar tersebut menerusi aplikasi WeChat dan platform media social lain melalui fungsi WiFi serta 4G.

WIFI HOTSPOT: Tukar VISION 1 menjadi hotspot dongle untuk WiFi.

CIRI BERSEPADU WECHAT: Menjadi antara CVR paling revolusionai pernah dilancarkan di Malaysia. Ia mengintegrasikan pelbagai fungsi WeChat seperti WeChat Pickup, WeChat Navigation dan WeChat Capture.

Vision 1 CVR juga mempunyai sistem navigasi binaan dalam. Ia menawarkan ciri bantuan pemandu berasaskan kepada pemandu seperti melihat kenderaan di hadapan dan garis jalan, selain mengeluarkan bunyi amaran sekiranya perlu.

eagle-i-cvr-iris-m1-mekanika

IRIS-M1

Iris-M1 menampilkan skrin paparan HD bersaiz lima inci dengan sudut seluas 140°. Seberat 210 gram, dimensi tanpa kameranya ialah 264mm X 71mm X 10mm. dengan bateri 380mAh, Iris-M1boleh merakam gambar serta format video HD, Full HD dan VGA.

Vision 1 didatangkan dalam warna hitam dan kelabu pada harga RM738 seunit. Manakala Iris-M1 pula berharga RM448 dan sudah ada di pasaran sekarang. Dengan setiap pembelian Vision 1 CVR, anda akan menerima satu kad SIM RedONE secara percuma.

Bukan itu sahaja, Eagle I akan menawarkan pelindungan insurans peribadi kemalangan bernilai RM30,000 dengan setiap pembelian produk Eagle I CVR.

Google ads
Back to top button