
FB MONDIAL MUD 452 BAKAL MASUK MALAYSIA – 46HP, 39.1NM
Kami difahamkan pasaran motosikal di Malaysia akan dimeriahkan dengan penyertaan jenama baharu dari Itali, FB Mondial.
Menariknya, kami dimaklumkan bahawa FB Mondial bakal debut di Malaysia dengan model adventure, Mud 452. Untuk rekod, kami pernah melihat model ini sewaktu di EICMA 2024.
Untuk rekod, FB Mondial Mud 452 dikuasakan enjin parallel-twin 449.5cc 8-valve DOHC yang mampu menhgasilkan 46hp pada 9,500rpm dan 39.1Nm pada 6,500rpm. Enjin ini dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan.
Sebagai motosikal dual-purpose, Mud 452 menawarkan rim berukuran 21-inci depan dan 18-inci belakang jenis tubeless.

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk meter TFT 7-inci jenis menegak, TPMS, dual-channel ABS dan traction control serta tangki bahan api berkapasiti 18L.
Suspensi hadapan merangkumi fork USD 43mm, sementara bahagian brek terdiri dari brek radial empat piston dari Brembo di hadapan dan dua piston di belakang.
Berat keseluruhan jentera ini adalah 197kg dengan jarak kelegaan tanah 264mm. Untuk perbandinganm, CFMoto 450MT mempunyai jarak kelegaan tanah 220mm sementara berat pula adalah 195kg.
Untuk makluman, semua motosikal FB Mondial direka di Itali namun dikilangkan di China hasil kerjasama dengan Zongshen-Piaggio.







