Motosikal

RASMI: AVETA FALCON 180 LANCAR DI MALAYSIA – RM9,798

AVETA memperluas tawaran skuter di Malaysia kali ini menerusi pelancaran Aveta Falcon 180 yang berlangsung di Aveta Mega Gathering 2026. 

Memeriahkan segmen skuter adventure bawah 200cc adalah Falcon 180 yang dikuasakan enjin satu silinder 174cc 4-valve SOHC yang menawarkan 18.2hp pada 8,500rpm dan 17.2Nm pada 6,500rpm. 

Untuk rekod, Falcon 180 ini dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Viper 180 dan Vanguard 180 namun masing-masing menawarkan reka bentuk dan ciri praktikal yang berbeza.

Dalam pada itu, turut melengkapkan Falcon 180 adalah meter TFT 7-inci, lampu LED depan dan belakang, lampu kabus (foglamp), serta penghadang angin boleh laras. 

Falcon 180 juga serba lengkap dengan ciri keselamatan terkini termasuk ABS dwi-saluran dan traction control (TCS) masing-masing boleh dinyahaktifkan. 

Antara kekuatan utama Falcon 180 adalah penggunaan tangki bahan api berkapasiti 14L sekaligus menawarkan jarak perbatuan tinggi tanpa kekerapan mengisi minyak. Selain itu, skuter ini turut dilengkapi dengan dashcam secara standard serta USB TypeA dan Type-C. 

Bagi pasaran tempatan, Falcon 180 hadir dengan tiga warna pilihan, Sahara Brozne, Alpine White dan Strom Grey. 

Google ads
Back to top button