Buletin

FORD RANGER SEMPURNAKAN TUGASAN PALING SUKAR DI ASIA PASIFIK

Semakin ramai pengguna dilihat beralih kepada trak pikap untuk melaksanakan tugasan mereka, sebab itulah segmen kenderaan tersebut dilihat kian berkembang di rantau ini.

Enam orang dari enam buah negara ini memerlukan sebuah trak pikap yang lasak dan berkeupayaan tinggi untuk membantu membawa mereka menyempurnakan tugasan paling sukar. Mampukah Ford Ranger membantu mereka mengharungi cabaran-cabaran tersebut?

ford-ranger-toughest-asia-pacific-mekanika-1

Didokumentasikan dalam enam siri web, Built Ford Tough: Ujian Lapangan, lihat bagaimana Ranger mengharung kondisi kehidupan sebenar yang alami oleh penduduk Asia Pasifik pada setiap hari.

Enam buah negara, enam bentuk cabaran… Episod demi episod:

ford-ranger-toughest-asia-pacific-mekanika-5

Malaysia

  • Pencabar: Ira Uzair, peminat tegar aktiviti off-road
  • Cabaran: Melalui jalan yang sukar dan rugged di Kota Belud untuk sampai ke sebuah tapak kem terpencil. Kota Belud yang terletak di bahagian barat Sabah, Malaysia di pulau Borneo terkenal kerana laluan 4×4 yang sangat sukar dan lokasi perkhemahan terhebat. Mendaki laluan berbukit yang curam dan diliputi selut dalam, permukaaan jalan tidak rata serta lubang besar memang tidak mudah.

Australia

  • Pencabar: Adam Britton, zoologis terkenal dunia
  • Cabaran: Menjalankan kajian lanjutan ke atas Wilayah Utara yang dihuni oleh haiwan buas, buaya air masin. Memandu di sepanjang Sungai Adelaide, mengharungi jalan yang beralun, kasar dan kawasan pedalaman untuk memantau serta menangkap salah seekor buaya tersebut.

ford-ranger-toughest-asia-pacific-mekanika-6

New Zealand

  • Pencabar: Michael Stil, pemilik syarikat Nikau Contractors Ltd
  • Cabaran: Menunda bekas-bekas mesin pengorek yang besar dari depot mereka, melalui hutan penuh lumpur menuju ke tapak pemusnahan di tengah-tengah Auckland dalam musim sejuk yang basah dan berangin. Perjalanan itu tidaklah terlalu jauh, tetapi kondisi jalannya sangat sukar – melibatkan laluan bengkang-bengkok, sempit, berlumpur dan licin, memang mencabar sekali.

Thailand                                                                                                              

  • Pencabar: Tuchphol “Kit” Pholthavorn, Ranger hutan
  • Cabaran: Mengangkut hampir dua kali ganda jumlah anak pokok menaiki kawasan berbukit untuk ditanam di lokasi yang terjejas akibat pembalakan haram. Kondisi laluan off-road di kawasan berbukit bukan sahaja mempunyai banyak akar kayu, malah jalannya juga sempit dan tidak rata. Ditambah pula dengan laluan berbukit yang berlumpur dan terpaksa mengharung sungai.

 ford-ranger-toughest-asia-pacific-mekanika-7

Filipina

  • Pencabar: Ferdinand “Ferdz” Recio, pakar veterinar hidupan liar
  • Cabaran: Memandu hampir enam jam di laluan bengkang-bengkok dan terjejas teruk akibat ribut untuk membawa bekalan ubat-ubatan serta peralatan di ruang kargo belakang Ranger. Perlu pergi ke kawasan terpencil di Filipina dan merawat haiwan yang sakit kerana ribut taufan.

 ford-ranger-toughest-asia-pacific-mekanika-3

Vietnam

  • Pencabar: Hung Lam, wartawan pemotoran sebuah media di Vietnam
  • Cabaran: Membawa hampir 1,000 kilogram kargo dan memandu di kawasan setinggi 2,00o meter dari aras laut di mana oksigen semakin menipis, Hung dan Ranger terpaksa mengharung perjalanan sukar selama enam jam dari Hanoi ke sebuah kampung yang terpencil di satu kawasan pergunungan untuk menghantar sumbangan buku, makanan serta pakaian kepada kanak-kanak di sana.

Tonton video-video di pautan ini: Ford Malaysia YouTube page. 

Google ads
Back to top button