
ELON MUSK KINI LAGI KAYA DARIPADA WARREN BUFFET
Kekayaan Ketua Pegawai Eksektif Tesla, Elon Musk dilapor sudah melepasi guru pelaburan saham terkenal, Warren Buffet apabila dinobat menjadi individu ketujuh paling kaya di dunia.
Menurut Indeks Bilionair Bloomberg, kekayaan Musk naik sebanyak AS6.07 bilion (RM25.9 bilion) pada Jumaat lalu selepas saham pembuat kereta elektrik itu meningkat 10.8 peratus.
Sementara kekayaan Buffet turun awal minggu lalu apabila dia mendermakan AS$2.9 bilion (RM12.8 bilion) sahamnya dalam Berkshire Hathaway kepada badan kebajikan.
Saham Tesla meroket sebanyak 500 peratus sejak tahun lalu ketika syarikat meningkatkan jualan sedan Model 3. Perkembangan positif itu juga membuatkan Musk bakal menerima durian runtuh kali kedua berjumlah AS$1.8 bilion (RM7.6 bilion) dalam tempoh dua bulan.
Sejak 1 Julai, sehari sebelum syarikat melaporkan jumlah serahan kenderaan suku tahunannya, saham Tesla sudah naik sekitar 38 peratus.
Jumlah penyerahan kenderaan Tesla yang konsisten meningkatkan keyakinan bahawa syarikat tersebut akan mencatat keuntungan untuk suku kedua tahun ini. Sekali gus menjadi suku kempat berturut-turut Tesla menjana keuntungan. – Reuters
- BACA: HARGA SAHAM TESLA NAIK, MUSK LAYAK TERIMA HABUAN RM2.98 BILION!
- BACA: TERSILAP PESAN 27 TESLA MODEL 3 BERNILAI RM6.7 JUTA, LELAKI KENA BAYAR RM12.4K UNTUK BATALKAN TEMPAHAN
- BACA: TESLA KINI BERNILAI RM878 BILION. KALAHKAN TOYOTA, COCA-COLA DAN DISNEY
- BACA: HYUNDAI XCIENT FUEL CELL – INILAH RESPON HYUNDAI TERHADAP TESLA SEMI TRUCK