
ERC 2025 – BINTANG MUDA RALI FINLAND ROOPE KORHONEN MENANG DI STAFF HOUSE RALLY HUNGARY
Bintang muda rali berasal dari Finland, Roope Korhonen berjaya muncul sebagai pemenang di perlumbaan kedua FIA European Rally Championship (ERC) musim 2025 di Staff House Rally Hungary.
Duo dari Finland, Roope Korhonen bersama Juruarah Anssi Viinikka yang memandu jentera Toyota GR Yaris Rally2 dengan livery MRF Tyres itu akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan Staff House Rally Hungary dengan bergaya apabila muncul sebagai pemenang dengan meninggalkan pemandu dari Norway, Mads Østberg yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 yang dilengkapi dengan tayar Michelin.
Podium yang diraih Mads Østberg disini adalah podium pertama semenjak memenangi perlumbaan di Hungary pada tahun 2023.

Ketika perlumbaam di SS 10 Roope Korhonen sempat dikenakan penalti 10 saat oleh Clerk of the Course akibat beliau telah memusnahkan chicanes yang merupakan papan tanda untuk memperlahankan jentera di sesuatu seksyen. Ketika itu, Roope Korhonen sedang bertarung dengan pendahulu Andrea Mabellini.
Malang untuk Andrea Mabellini terpaksa menarik diri ketika SS 12 akibat daripada masalah dengan sistem suspensi dengan jentera Skoda Fabia RS Rally2 sekali gus memberikan debut yang cemerlang untuk Roope Korhonen untuk terus memimpin perlumbaan.
Roope Korhonen berjaya mempamerkan pemanduan yang cemerlang di Staff House Rally Hungary apabila berjaya memenangi lima peringkat daripada 13 peringkat yang dipertandingkan

Sementara itu, podium ketiga menjadi milik pemandu dari Poland, Miko Marczyk yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Beliau hanya ketinggalan 1.3 saat sahaja di belakang Mads Østberg untuk merebut podium kedua.
Tempat keempat keseluruhan menjadi milik pemandu dari Sweden Isak Reiersen yang memandu Skoda Fabia RS Rally2 walau pun beliau juga sempat mengalami masalah dengan tayar pada hari terakhir saingan.
Pemandu Gábor Német berjaya menceriakan penyokong tempatan apabila muncul sebagai pemandu Hungary terbaik untuk berada di tempat kelima keseluruhan juga dengan memandu Skoda Fabia RS Rally2.
Sementara itu seorang lagi pemandu Hungary Gábor Német juga berjaya menggembirakan penyokong tempatan untuk muncul sebagai pemenang kateagori Master ERC Championship di tempat ketujuh keseluruhan untuk mengenepikan saingan Jos Verstappen yang berada di kedudukan kelapan keseluruhan.
Kredit Foto : ERC
BACA : ERC 2025 – NIKOLAI GRYAZIN MUNCUL SEBAGAI PERLUMBAAN PEMBUKA TIRAI DI SEPANYOL
BACA : JOS VERSTAPPEN UMUMKAN MAHU BERAKSI DALAM KEJUARAAN ERC 2025. BOLEH MENANGKAH?
.