Buletin

BARU LANCAR DI MALAYSIA AUTOSHOW 2025, GWM TANK 500 HEV DAH TERIMA 150 TEMPAHAN. KAYA ORANG MALAYSIA NI

Baru sahaja dilancarkan secara rasmi kepada umum di acara Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung sekarang sehingga 15 Mei 2025 di MAEPS, Serdang GWM Malaysia mengumumkan bahawa ia telah menerima 150 tempahan model GWM Tank 500 HEV. 

Maklum balas yang luar biasa itu membuktikan keyakinan orang ramai terhadap keupayaan SUV offroad premium tersebut. Bagi meraikan pencapaian tersebut, GWM Malaysia telah melanjutkan tawaran Set Hadiah Premium Edisi Terhad kepada mereka yang membuat tempahan sebelum 18 Mei 2025. 

Dari segi dimensi, jentera berkenaan berukuran 5,078mm panjang, 1,93 mm lebar dan 1,905 mm tinggi, serta jarak roda mencecah 2,850mm.

Seperti yang boleh and lihat, ia tampil dengan gayaan sebuah SUV mewah tujuh tempat duduk, pelbagai teknologi canggih dan kemasan dalaman premium.

Tank 500 HEV dikuasakan oleh enjin hibrid 2.0 liter turbocharged 4-silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. Rangkaian kuasa itu berupaya menjana 255kW (346PS) dan 648Nm tork.

Ia turut dilengkapi sistem pacuan empat roda pintar (4WD) dengan M-Lock, 11 mod pemanduan semua rupa bumi, serta teknologi seperti TANK Turn Assist, cruise control untuk off-road dan pandangan casis telus.

Ruang dalaman pula menawarkan kapasiti 7 tempat duduk yang dibalut kulit Nappa, bersama sistem audio premium jenama Infinity — menambah lagi unsur mewah dalam pengalaman pemanduan. 

Tank 500 HEV boleh anda miliki pada harga RM328,800 seunit. SUV itu menjadi lebih menarik menerusi jaminan seumur hidup untuk enjin, transmisi dan sistem hibrid (khas untuk pemilik persendirian pertama). Selain jaminan 8 tahun/200,000km untuk bateri dan waranti menyuruluh ke atas kenderaan selama 6 tahun tanpa had perbatuan. 

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan, sila kunjungi bilik pameran GWM terpilih atau layari laman web www.gwm.com.my  *kredit foto: FB GWM Malaysia

Google ads
Back to top button