Buletin

SKODA ENYAQ RS & SKODA ENYAQ COUPE RS – LENGKAP SUDAH KELUARGA RS

Skoda Auto telah memperkenalkan varian tertinggi untuk model keluarga Enyaq, Skoda Enyaq RS dan juga Skoda Enyaq Coupe RS baharu. Skoda Enyaq RS dan Skoda Enyaq Coupe RS adalah merupakan model pengeluaran produksi massa yang paling cepat pengecasannya dan juga paling pantas kuasa pecutannya bersama dengan model Elroq RS.

Dengan dua motor, output sistem sebanyak 250 kW dan pacuan semua roda, mereka memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 5.4 saat. Bateri voltan tinggi mereka boleh dicas pada kadar sehingga 185 kW dan kini juga menawarkan pengecasan DC dua hala sebagai ciri baru.

Model Skoda Enyaq RS dan Skoda Enyaq Coupe RS dilengkapi dengan dua motor yang menghasilkan output maksimum 250 kW dengan pacuan semua roda. Model ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam tempoh 5.4 saat sekali gus menjadikan ianya sebagai model produksi massa Skoda Auto yang paling pantas.

Bateri voltan tinggi mereka boleh dicas pada kadar sehingga 185 kW dan kini juga menawarkan pengecasan DC dua hala sebagai ciri baru. Kecepatan pengecasan mampu dari 10% ke 80% hanya dalam tempoh 26 minit sahaja ketika penggunaan pengecasan pantas DC menjadikan kedua model RS ini sebagai model Skoda yang paling pantas pengecasannya.

Dan hasilnya, Skoda Enyaq RS dan SKoda Enyaq Coupe RS ini berupaya bergerak sehingga 560 km untuk kitaran WLTP.

Casis untuk keduanya telah direndahkan pada gandar hadapan sehingga 15 mm serta gandar belakang sehingga 10 mm. Casis adaptif DCC juga tersedia sebagai pilihan dengan tetapan penyerap hentakan yang lebih dinamik serta mempunyai sehingga 15 tetapan untuk ketegaran penyerap hentakan.

Pada bahagian luaran, terdapat rekaan lampu hadapan LED Matrix serta lampu LED di bahagian belakang. Melengkapkan rupa luaran adalah roda aloi bersaiz 21 inci yang eksklusif.

Sebagai sebuah model yang dianggap berprestasi tinggi, sistem brek yang lebih berkuasa dengan kaliper dua piston juga telah diberikan pada bahagian hadapan.

Ruang kabin menampilkan tempat duduk yang dilengkapi dengan fungsi memori serta fungsi urutan dan sokongan lumbar untuk keselesaan kepada pemandu.

Seperti biasa, kedua model ini turut diberikan dengan bunyi luaran, Sport / Futuristic yang boleh dipilih melalui paparan sistem infohiburan bersaiz 13 inci berdasarkan profil pemanduan yang dipilih.

Selain daripada ciri dan keselamatan moden standard yang ada , kedua model ini dilengkapi dengan sistem Remote Park Assist yang membolehkan kereta ini memandu sendiri untuk masuk ke ruangan parkir berdasarkan aplikasi MyŠkoda dengan hanya memerlukan pemandu untuk berada di samping kenderaan sahaja.

BACA : SKODA ENYAQ COUPE BAHARU – LEBIH BERGAYA DAN SPORTY DENGAN JARAK PEMANDUAN SEHINGGA 590 KM!

BACA : SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG

Google ads

B K

Back to top button