
SELANGOR, KL MASIH PERLU KEBENARAN POLIS NAK RENTAS PUTRAJAYA
Pergerakan dari Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Wilayah Persekutuan Putrajaya masih tidak dibenarkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, larangan itu dibuat kerana Wilayah Persekutuan Putrajaya kini berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang dilaksanakan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon.
“Bagaimanapun, pergerakan dari Selangor dan Kuala Lumpur yang berstatus PKPB ke Putrajaya kini masih tidak dibenarkan bagi melindungi Putrajaya dari penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.
Sementara pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan.
- BACA: AKIBAT TERDESAK, GOLONGAN B40 DI PULAU PINANG TERPAKSA JUAL ATAU PAJAK GERAN MOTOSIKAL
- BACA: COVID-19: LANGGAR SOP DENDA RM10,000 MULAI 11 MAC DEPAN
- BACA: BATAL PENERBANGAN SEBAB COVID-19. SYARIKAT PENERBANGAN PERLU BAYAR BALIK PENGGUNA
- BACA: PKP TIDAK MAMPU LANDAIKAN KES COVID-19. HANYA BURUKKAN EKONOMI – PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM







