
FORD RANGER VS TOYOTA HILUX VS MITSUBISHI TRITON VS ISUZU DMAX
Mesti anda tertanya-tanya, kenapa Nissan Navara tidak masuk dalam artikel perbandingan kali ini. Daripada maklumat yang kami dapat, Nissan Navara versi NP300 sudah mula tidak dijual dan varian baru telahpun dilancarkan di Thailand baru-baru ini. Jadi agak tidak adil kalau kita bandingkan model lama dengan model-model baru yang ada sekarang
1. Isuzu DMax – Isuzu merupakan satu jenama lama dalam industri pembuatan kenderaan berat dan lori. Untuk perbandingan kali ini, kami memilih DMax 1.9 4×4 AT Premium sebagai pilihan utama. Kami memilih varian 1.9 berbanding dengan varian 3.0 disebabkan kelebihan enjin yang kecil dengan cukai jalan tahunan sekitar RM 399.20 sahaja setahun
Enjin baru ini datang dengan teknologi Blue Power, lebih ringan, lebih jimat, lebih berkuasa dan tahan lasak. Ia menghasilkan 148 kuasa kuda dan 350Nm tork dan disalurkan pada transmisi 6 kelajuan automatik, atau 6 kelajuan manual jika anda mahu. Pada harga RM 115,000 untuk automatik dan RM105,000 untuk varian manual. Untuk single cab manual, ia hanya berharga RM 85,000 sahaja

Berbeza dengan unit yang ditawarkan di Eropah lengkap dengan AEB, unit di Malaysia hanya ditawarkan dengan brek ABS, EBD, BA, sistem kestabilan elektronik, Hill Decent Control, Hill Start Assist dan kamera undur sahaja. Sistem Terrain Command ditawarkan pada semua varian dengan butang rotari. Jarak kelegaan bumi ialah 235mm, dan bagi memduahkan ia melalui permukaan berbatu sudut depan ditetapkan pada 30 darjah dan belakang 22.7 darjah
Kalau anda perlukan sebuah 4×4 bajet, tak banyak ragam dan tak risau dicuri, mungkin Dmax ini pilihan tepat. Tapi ciri 2 beg udara sahaja nampak agak kedekut.
2. Toyota Hilux 2.8 Rogue – jenama yang tak perlu diperkenalkan lagi pada pengguna di Malaysia. Malah budak tadika pun akan kenal nama Hilux ini dari jauh. Kami memilih varian 2.8 Rogue kerana ia merupakan varian paling berkuasa dan paling banyak dilengkapi dengan alatan keselamatan. Enjin 2.8 ini menghasilkan 202 kuasa kuda dan 500Nm tork pada 1600.

Varian ini hanya ditawarkan dalam transmisi 6 kelajuan automatik sahaja. Jika anda berhajat varian 2.4E manual (RM 111,000) yang berkuasa 150 kuasa kuda dan 400Nm tork. Versi kebun single cab ditawarkan pada harga RM 92,880. Pada harga RM 144,880 varian Rogue ditawarkan dengan ciri seperti Pre Collision System, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Departure Alert, kamera 360 darjah, sistem amaran titik buta dan lintasan belakang, dan juga Down Hill Assist Control.
Sistem pacuan 4 roda boleh dipilih dengan menggunakan butang rotari, serta ditawarkan dengan ciri Automatic Slip Differential, Rear Differential Lock, dan Active Traction Control menjadikan Hilux adalah pilihan pertama untuk agensi kerajaan seperti pejabat Perhilitan dan Pejabat Hutan dengan jarak kelegaan bumi 286mm. Rogue dolengkapi dengan lampu depan DRL, lampu depan LED serta lampu kabus depan dan belakang LED
Sistem audio Rogue dilengkapi dengan 6 pembesar suara, unit infohibur lengkap dengan ciri Android Auto serta Apple Car Play, penyaman udara di bahagian belakang, serta ciri tambahan Vehicle Telematic System. Walaupun agak mahal, berdasarkan pengelaman peribadi penulis Hilux sangat susah untuk meragam dan harga jualan semula membuatkan anda senyum lebar.
Cuma cukai jalan RM 1248 setahun tue rasa susah nak tidur malam sikit. Kalau tak, 2.4V pun dah ok. Varian Rogue dan 2.4V ditawarkan dengan 7 beg udara manakala varian lain datang dengan 3 beg udara

3. Ford Ranger – ada 3 varian yang ditawarkan iaitu Ford Ranger XL (2.2 Turbo 6 kelajuan), Ford Ranger XLT Plus (2.2 Turbo 10 kelajuan) dan juga Ford Ranger Wildtrak (2.0 turbo berkembar 10 kelajuan). Varian Wildtrak dikuasakan dengan enjin 2.0 sahaja namun menghasilkan 210 kuasa kuda dan 500Nm tork. Namun ia ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja
Bagi versi kebun single cab, ia ditawarkan pada harga RM 90,888 dengan enjin 2.2 turbodisel dan 6 kelajuan manual. Bagi varian Wildtrak ia ditawarkan pada harga RM 144,888 dan cukai jalan serendah RM 438.40 setahun disebabkan enjin 2000cc sahaja. Wildtrak dilengkapi dengan ciri brek AEB lengkap dengan pejalan kaki, Lane Keeping Assist, Adaptive Cruise Control, Parkir Sisi Automatik, dan juga kamera pandang belakang
Walaupun jarak kelegaan bumi hanya 237mm, namun Ford Ranger Wildtrak berupaya meredah air sedalam 800mm tanpa masalah. Sistem 4×4 menawarkan 3 mode (2H, 4H & 4L) boleh dipilih dengan menggunakan butang dengan ciri Rear Differential Lock untuk cengkaman di jalan berlumpur. Walaupun bahagian belakang datang dengan leaf spring, Wildtrak lebih selesa berbanding dengan pesaingnya yang lain
Sistem audio Wildtrak datang dengan skrin 8 inci, fungsi Apple Car Play, Ford Sync, Android Auto dan ciri arahan suara, kusyen balutan kulit dengan ciri bantuan kuasa elektrik.

4. Mitsubishi Triton – satu ketika dulu Mitsubishi terkenal dengan model Storm sebelum digantikan dengan model Triton. Rekaan baru Dynamic Shield ini nampak sangat moden berbanding dengan versi lama. Varian VGT Adventure ditawarkan dengan enjin 2.4 turbodiesel yang menghasilkan 178 kuasa kuda dan 430Nm tork pada harga RM 137,900.
Varian manual pula ditawarkan dalam 2 versi iaitu Premium (RM113,300) dan versi yang murah pada RM 100,200. Triton tidak ditawarkan dengan varian single cab, tapi jika anda perlukan untuk mengangkat barang ia ditawarkan dengan varian 4×2 low ride pada harga RM 80,000.
Sebagai juara perlumbaan Rali Dakar, Triton menawarkan sistem pacuan empat roda yang lebih canggih berbanding dengan pesaingnya yang lain. Sistem 4×4 ditawarkan dalam 4 mode iaitu 2H, 4H, 4HLc dan 4LLc. Apa yang menarik berkenaan sistem 4H pada Triton ialah ia menukar Triton menjadi sebuah pacuan semua roda AWD yang boleh dipandu di atas jalan bertar pada halaju tinggi, sama seperti SUV seperti Honda CRV

Terdapat juga sistem Off Road Mode automatik yang akan menukar mode pemanduan 4×4 bergantung pada permukaan jalan serta ciri Hill Decent Control. Sistem keselamatan Triton juga tidak kurang hebat dengan ciri brek AEB yang boleh mengesan pejalan kaki, sistem amaran titik buta dan lintasan belakang, kamera 360 darjah, lampu depan tinggi automatik, Lane Change Alert dan Active Stability Control.
Kalau anda perlukan 4×4 asas dan murah untuk dijaga, boleh cuba Dmax. Kalau nak glemer, senang jual balik dan lasak anda mesti pilih Hilux. Kalau nak pakai untuk persendirian, modified cun-cun dan enjin power jawapan dia Ranger Wildtrak. Triton pula datang dengan ciri 4×4 paling canggih, paling bergaya dan banyak varian untuk dipilih.
Sempena sambutan tahun baru cina tak lama lagi, penulis telah menyemak promosi yang ditawarkan oleh jenama-jenama di atas. Boleh tahan juga menarik.