Buletin

GAYAAN RADIKAL OPEL ASTRA 2022. PILIHAN ENJIN PETROL, DIESEL DAN PHEV

Opel baru-baru ini melancarkan hatchback terbaharunya, Astra yang mengalami perubahan radikal dari segi rekaan dalaman, luaran dan teknologinya. 

Dijual sebagai Vauxhall di pasaran United Kingdom, ia dibina di atas platform EMP2 yang turut digunakan oleh model-model lain Stellantis termasuklah Peugeot 308. Biarpun begitu, pasukan reka bentuk Opel berjaya membuatkan hatchback itu kelihatan cukup menarik. 

Astra dilihat mahu bersaing dengan model popular dalam segmennya seperti Volkswagen Golf, Ford Focus, Renault Megane dan Skoda Octavia. 

Opel dijangka menawarkan Astra dalam beberapa pilihan enjin petrol, diesel dan PHEV. Model asas menerima enjin turbo tiga silinder petrol berkuasa 108hp dan 128hp. Enjin turbo diesel berkuasa 128hp juga ada dalam senarai. Enjin-enjin tersebut akan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik 8-kelajuan. 

Varian PHEV asas pula menggunakan enjin 1.6 turbo berkuasa 148hp dan motor elektrik 109hp. Jadi, rangkaian kuasa itu berupaya menjana 178hp. Tidak cukup? Opel ada menawarkan varian PHEV lebih power dengan motor elektrik berkuasa 178hp. Model PHEV itu didakwa boleh bergerak sejauh 50 dengan kuasa elektrik sepenuhnya. 

Ruang kabin tampil minimalis dengan dua paparan skrin untuk kluster meter dan sistem infohibur bersaiz 10 inci. Kebanyakan tetapan kenderaan perlu dibuat menerusi skrin sentuh berkenaan. Namun, butang kawalan pendingin hawa masih diletakkan di bahagian bawah skrin berkenaan. 

Sebagai sebuah kereta serta baharu, Astra nyata sarat dengan teknologi. Hatchback segmen C itu dilengkap lampu utama jenis matrix LED yang dipasang pada bampar berwarna hitam berkilat. Ciri-siri seperti kawalan jelajah, 9stop & go, head-up display dan kamera 360 darjah turut disediakan. 

Pelanggan sudah boleh menempah Astra dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan penghantaran pertama dijadual pada awal tahun 2022. Harganya bagaimanapun masih belum didedahkan. Opel mengesahkan bahawa ia akan menawarkan varian wagon untuk mereka yang inginkan lebih ruang kargo. 

Harus tahu bahawa model ini akan menjadi Astra terakhir yang dilengkapi enjin pembakaran dalaman (ICE). Ini kerana Opel komited untuk hanya menawarkan model elektrik sahaja menjelang tahun 2028.  

GALERI

Google ads
Back to top button