Buletin

OPEL LANCAR MODEL KHAS MANTA GSE ELEKTROMOD. REKAAN KLASIK DAN MODEN, 145 HP/25 NM

Opel mendedahkan model Manta GSe Elektromod selepas kempen teaser dua bulan lalu.

Model khas tersebut dibangunkan untuk menyambut ulang tahun ke-50 Opel Manta dan pelancaran jenama sub GSe syarikat terbabit untuk model elektrik berprestasi tinggi.

Manta GSe digambarkan sebagai restomod elektrik pertama Opel yang dilengkapi komponen moden kenderaan elektrik (EV) dengan rekaan klasik coupe kompak.

Bahagian hadapan jentera yang menampilkan elemen klasik dan moden itu didatangkan ciri Pixel Vizor manakala lampu belakang dilengkapi LED tiga dimensi.

Manta GSe mendapat sentuhan warna kuning dipadankan bonet berwarna hitam dan didatangkan rim 17 inci aloi Ronal direka khusus untuk menyerlahkan lagi sisi sporty coupe berkenaan.

Rekaan dalaman pula, terdapat Pure Panel gabungan paparan digital 12 inci dan 10 inci, stereng tiga spoke Petri, tempat duduk sport dengan sulaman berwarna kuning serta sistem audio berkualiti tinggi Marshall.

Jentera elektrik terbaharu itu mendapat khidmat motor elektrik yang mampu menjana kuasa mencecah 145 hp dan tork 25 Nm.

Ia menggantikan enjin asli model terdahulu yang menggunakan enjin empat silinder 1.6 liter.

Bagaimanapun, Opel masih mengekalkan transmisi manual empat kelajuan dan pilihan transmisi automotik kepada para pelanggan.

Manta GSe dilengkapi bateri pek litium ion berkapasiti 31 kWh membenarkan ia bergerak sehingga 200 km.

Selain itu, model istimewa itu turut menampilkan ciri brek regeneratif dan pengecas 9kW yang boleh mengecas penuh dalam tempoh empat jam.

Opel Manta GSe Elektromod bukanlah model terakhir yang akan menggunakan lencana GSe.

Ia berikutan Opel dan Vauxhall bekerjasama dalam membangunkan lebih banyak model elektrik berkuasa tinggi. carscoops.

Google ads
Back to top button