OPEL MANTA A ENJIN V6 PERDANA
Opel mempunyai sejarah yang panjang. Walaupun berasal dari Jerman, Opel bagaimanapun menerima teknologi dan jenama daripada syarikat induknya, General Motors.
Tidak seperti Mercedes-Benz, Audi, BMW dan Porsche dari Jerman yang menghasilkan kereta premium, Opel ialah kereta rakyat. Hampir sama macam Volkswagen, cuma Volkswagen ada banyak varian. Opel sampai hari ni kereta dia ala ala je boleh tengok.
Syarikat itu pun merupakan syarikat mesin jahit yang membuat kereta pertamanya pada 1899. Lama tak bererti terer dan mujur wujud je sekarang ni, banyak syarikat kereta awal-awal dulu dah lama bankrap.
Masa kecil dulu ada lagi boleh nampak Manta dan Kadett. Bentuknya tak menarik dan saya baru tahu/sedar ada model coupe yang sporty juga bentuknya. Coupe ini namanya dia Opel Manta A.
Apa pilihan yang ada untuk sebuah kereta yang mungkin sampai Moscow nak kena cari enjinnya? Pilih enjin Jepun yang ada di serata dunia. Bukan sahaja murah, malah senang dapat dan tak banyak ragam. Paling penting, RELIABLE.
Maksudnya, tak perlu tercongak-congak bawah enjin cari punca rosak pada hal boleh tau 02 sensor sahaja yang tak detect. Saya ada kawan guna Fiat yang rosaknya cuma lampu tak menyala. Pergi diagnos macam-macam benda dia tunjuk, repair lampu je pun. Kemudian kereta mula meragam sana sini sampai nak order stereng rack harga sebijik Yamaha LC.
Reliabiliti itu mendorong ramai orang memilih kereta Jepun, atau setidak-tidaknya enjin Jepun. Manta A ini dipasangkan dengan enjin 6A12 NA. Enjin V6 Perdana ni muat-muat masuk ke dalam bay enjin dengan pengubahsuaian mounting yang sangat sedikit. Satu-satunya modifikasi yang dibuat pada enjin ialah sistem ekzos dan proses port polish pada kepala silinder.
Satu benda yang kita tahu tentang V6 ialah kotak gearnya yang lemau. Versi automatik memang bencana betul tak pernah lagi gua dengar orang tahan guna. Pilihan terbaik ialah tukar kotak gear manual yang memang boleh diharap. Kotak gear kereta ini dipasang dengan klac Triniti dan sebuah flywheel Evo 3 untuk tindakan yang responsif.
Walaupun kereta Eropah kos penyelenggaraan merepek, kebanyakan keretanya sedap dipandu sebab pengendalian bagus. Tak caya anda cuba pandu Peugeot / Citroen zaman 1090-an. Setakat nak lari 200km/j stereng masih duduk diam, lain langsung dengan kereta Jepun.
Untuk mengekalkan keaslian pemanduannya Fairus hanya mengubah suai tapak absorber kereta ini bagi rendah. Kemudian camber depan diikat negatif supaya lebih stabil.
Rim BBS RS mesh memang kena dengan apa jua jenis kereta. Saiz pilihan ialah 16 X 8 dengan offset ET22. Tayar depan ialah Sime Tyre 195/55r15 dan belakang Dunlop bersaiz 205/55r15. Brek Manta masih berfungsi sempurna, belum lagi menunjukkan tanda-tanda perlu diganti.
Bahagian dalam kereta tak banyak berubah. Nampak asal dengan papan pemuka yang mungkin sudah sampai masa untuk direstorasi semula. Kerusi Celica RA. Bahagian luar pula dipasang dengan ducktail custom dan badan dicat warna kuning solid.
Kalau ada masa, kesabaran dan modal, main kereta macam ni adalah satu pilihan bijak daripada beli Myvi hutang 9 tahun convert Passom kemudian ternganga bila nak bayar cukai jalan hujung tahun.
Kalau mampu tak ada masalah, tapi main kereta murah begini walaupun mencabar, tapi tak ada komitmen macam kereta baru. Ada duit buat, tak ada duit, biar dulu. Beli Myvi buat ulang alik, balik kampung. Beli Manta masuk SR20DET buat pelan-pelan. Amacam?