PEUGEOT 308 2021. 2 MODEL PHEV, GAYAAN BAHARU, JUAL DI EROPAH AKHIR TAHUN INI
Peugeot memperkenalkan model hatchback 308 terkini yang dijangka dijual ke pasaran Eropah menjelang akhir tahun ini.
Selain rekaannya yang semakin sporty, satu lagi ciri menarik ialah rangkaian kuasa elektrifikasi yang bakal ditawarkannya. 308 dibina di atas platform EMP2 generasi ketiga yang menyaksikan tapak rodanya bertambah sebanyak 55mm.
Peugeot turut menurunkan kereta itu sebanyak 20mm untuk menjadikan penampilannya lebih mantap dan garang. Bahagian hadapan diserlahkan dengan bahasa rekaan dan logo Peugeot yang baru.
Semua varian 308 didatangkan dengan lampu utama LED yang dipadankan bersama lampu DRL LED yang diposisikan secara menegak. Lampu utama pada varian GT dan GT Premium hadir dengan teknologi Matrix LED. Sementara lampu belakang meneruskan rekaan ‘3 cakaran’ yang menjadi signatur Peugeot.
Pelanggan boleh memilih di antara warna hijau baharu, selain warna putih, kelabu, hitam, putih mutiara, biru dan merah.
Ruang kabin tampil dengan susun atur i-Cockpit yang merangkumi kluster instrumen digital bersaiz 10 inci bersama ciri 3D untuk varian GT. Kemewahan ruang tersebut diserlahkan lagi dengan skrin infohibur bersaiz 10 inci, butang kawalan pendingin hawa seperti piano dan corong pendingin hawa yang nipis.
Pakej perisian infohibir i-Connect pula menawarkan profail untuk 8 orang pemandu berbeza.
308 sarat dengan pelbagai ciri keselamatan dan bantuan pemanduan termaju menerusi pek Drive Assist. Ini termasuklah kawalan jelajah adaptif dengan ciri Stop and Go, Lane Keeping Assistance, penukaran haluan semi automatik, cadangan kelajuan serta adaptasi pecutan di selekoh.
Ciri keselamatan standard ialah pemantauan titik buta, RCTA, kamera under 180 darjah dengan nozel pembersih, bantuan parkir pandangan keliling, pemanas cermin utama dan fungsi panggilan kecemasan E-Call+.
Peugeot dijangka menjual 308 dengan dua pilihan plug-in hybrid. Varian asas ialah Hybrid 180 e-EAT8 berkuasa 150hp dengan elektrik motor berkapasiti 87kW yang menawarkan jarak perjalanan sejauh 59km.
Varian hibrid Hybrid 225 e-EAT8 pula menggabungkan enjin berkuasa 180hp dengan motor 81kW dengan jarak elektrik sepenuhnya sejauh 58km. 308 juga akan ditawarkan dengan enjin Pure Tech 1.2 liter berkuasa 130ho dan enjin diesel BlueHDi 130 bersesaran 1.5 liter.
Harga bagaimanapun masih belum diumumkan.
- BACA: PEUGEOT PERKENAL LOGO BAHARU. MASIH KEKALKAN SINGA
- BACA: PEUGEOT 508 SW PSE – WAGON YANG CANTIK DAN JUGA LAJU
- BACA: BERJAYA AUTO ALLIANCE SAH AMBIL ALIH JENAMA PEUGEOT. TIADA LAGI CITROEN DAN DS
- BACA: PEUGEOT 3008 2020, OBJEK SENI ATAU SUV?
GALERI