
NAMPAK MACAM KERETA BERLAINAN TAPI GUNA PLATFORM SAMA
Industri automotif sebab wujudnya permintaan dan penawaran. Matlamat akhir dalam perniagaan ialah untuk menjana keuntungan bagi kumpulan. Atas sebab inilah kadangkala kita boleh lihat syarikat yang nampak bersaing di depan kita akan diam-diam membuat pakatan dengan seteru mereka bagi menghasilkan kereta yang nampak lain, tapi sebenarnya hampir sama
Antara sebab rebadge atau platform sharing ini dibuat ialah bagi menjimatkan kos pembangunan, berkongsi teknologi dalam kawalan pencemaran asap, dan bertukar-tukar platform antara satu sama lain. Jangan ingat Proton X50 dan Perodua Ativa sahaja yang buat ya.

1. Toyota Camry / Daihatsu Altis
Daihatsu memang pakar buat kereta kecil, jadi untuk buat sedan besar mereka hanya perlukan satu panggilan telefon kepada bos mereka di Toyota. Maka siaplah Daihatsu Altis (Tak sama dengan Toyota Corolla Altis). Kelebihan pada Toyota ialah mereka dapat meneroka platform kei-car dari Daihatsu

2. Toyota RAV4/ Suzuki Across
Suzuki perlukan satu model bagi memastikan mereka memenuhi syarat pelepasan asap di Eropah (Euro6). Jadi mereka menghasilkan Suzuki Across yang merupakan Toyota RAV4 dengan teknologi hibrid dan PHEV. Model Across ini hanya melepaskan 22 gram gas karbon dioksida bagi setiap kilometer

3. Mazda 2 / Toyota Yaris
Secara rasmi, Mazda 2 tidak dijual di Amerika tapi dijual sebagai Toyota Yaris. Namun selain dari rekaan luar yang berbeza serta logo Toyota, semua komponen kereta ini ialah Mazda 2. Projek kerjasama ini bermula pada tahun 2016 apabila Toyota dan Mazda bekerjasama bagi menghasilkan Scion iA dengan menggunakan enjin, cesi serta enjin Mazda 2

4. Nissan X-Trail / Renault Koleos
Renault dan Nissan berada dalam satu kumpulan, jadi tidak hairanlah mereka berkongsi platform Nissan CMF yang dibangunkan secara kerjasama antara Nissan dan Renault. Platform ini juga digunakan oleh rakan sekutu mereka Mitsubishi. Tapi rekaan luaran Koleos dan X-Trail adalah sangat berbeza terutama di bahagian depan dan juga belakang

5. Nissan Navara / Renault Alaskan / Mercedes X-Class
Sama seperti X-Trail dan Koleos, kerangka ladder frame yang digunakan oleh Navara dikongsikan dengan Renault bagi menghasilkan Alaskan. Enjin Navara menggunakan pilihan 2.5 atau 2.3 Turbodiesel manakala Alaskan hanya menggunakan enjin 2.3 turbodiesel sahaja
Apa yang menarik ialah, kerangka ini juga dipinjam oleh Mercedes Benz ketika mereka cuba meneroka pasaran baru iaitu X-Class (Tiada kaitan dengan X-Men) iaitu pasaran pikap mewah.

6. Subaru Impreza / Saab 9-2X
Haa siapa sangka Subaru dan Saab pernah bekerjasama satu ketika dulu ketika menghasilkan sportwagon. Model 9-2X menggunakan platform Subaru Impreza wagon generasi kedua semasa pembangunannya. Tapi ia masih mengekalkan rekaan luar Saab. Sebab ketika ini Saab dimiliki sepenuhnya oleh GM dan memiliki 20 saham Subaru

7. Mazda Miata / Fiat 124 Spider
Ok Fiat 124 Spider ini bukan sahaja berkongsi cesi, sistem mekanikal, rekaan interior tapi turut dibina oleh Mazda di kilang mereka di Hiroshima. Yang berbeza cuma enjin Fiat 124 Spider ini menggunakan 1400cc turbo, rekaan penyerap hentak berbeza, rekaan luar dengan citrasa Itali yang berbeza dan logo Fiat di bahagian luar.\

8. VW Golf / Audi A3 / Seat Leon
Audi dan Seat merupakan 2 jenama yang bernaung di bawah payung Volkswagen. Jadi model popular Golf berkongsi platform dengan Seat Leon dan juga Audi A3. Walaupun rekaan berbeza, semua kereta menggunkan cesi, suspensi dan enjin yang sama
Golf menawarkan rekaan paling praktikal, Leon paling sporti dan Audi A3 menawarkan ruang dalaman paling mewah

9. Toyota Aygo / Citroen C1/ Peugeot
Pada tahun 2001 Toyota dan PSA Peugeot menandatngani satu MoU kerjasama bagi membangunkan kereta kompak untuk pasaran Eropah. Projek ini dikenali sebagai B-Zero. Dari projek kerjasama ini lahirnya Toyota Aygo, Citroen C1 dan Peugeot 107. Namun macam biasa kereta ini diklon menjadi BYD Auto F0
Kesemua model diterima baik di pasaran Eropah disebabkan saiznya yang kompak, senang dipandu, lasak (sebab dibangunkan dengan cesi dan komponen Toyota) dan jimat petrol. Model ini dikuasakan dengan enjin 1000cc 3 silinder petrol dan 1400cc diesel. Semua model ini memasuki generasi kedua yang dikenali dengan AB40

10. Citroen, Peugeot, Opel, Vauxhall, Fiat, Toyota Van
Ia dikenali dengan nama Peugeot Traveller, Citroen C35, Toyota ProAce, Renault Traffic dan Opel Zafira. Tapi secara asasnya ia menggunakan platform yang sama. PSA Peugeot bekerjasama dengan Fiat untuk menghasilkan kenderaan komersial besar dan Toyota untuk kereta kompak. Semua kerjasama ini melibatkan perkongsian platform
Pada masa yang sama PSA Peugeot merupakan pemilik jenama Opel dan Vauxhall. Jadi semua jenama ada kereta yang nampak berlainan tapi sebenarnya adalah sama dari segi platform. Model ini sangat laku kerana enjinnya lasak, jimat, boleh membawa muatan besat, boleh diharap dan murah

11. Bentley Continental Flying Spur / Audi A8 / Volkswagen Phaeton
Jenama Bentley dan Audi sebenarnya dimiliki oleh Volkswagen, jadi sebenarnya Bentley Continental Flying Spur dan Audi A8 menggunakan platform yang sama dengan Volkswagen Phaeton. Phaeton sebenarnya model Flagship bagi VW, jadi mereka memperhalusi kemasan dalaman Bentley agar setanding dengan Rolls Royce