
PARKIR SESUKA HATI, PEUGEOT 308 DIKEPUNG TROLI SUPERMARKET
Gara-gara memarkir kereta sesuka hati, seorang pemandu tidak dapat berbuat apa-apa bila keretanya dikelilingi oleh susunan troli.
Kejadian itu berlaku di sebuah pasaraya Coto di Buenos Aires, Argentina apabila sekumpulan pekerjanya berang dengan tindakan pemandu Peugeot 308 berwarna perak yang memarkir di tempat meletak troli.

“Hanya orang bodoh sahaja yang akan parkir kereta di kawasan troli. Anda tidak boleh jadi begitu pentingkan diri sendiri dan parkir sesuka hati. Pujian harus diberikan kepada pekerja supermarket yang memberi pengajaran berguna kepada pemandu kereta itu,” kata pengguna Facebook, Arnold Angelini.
Foto yang dimuat naik sejak Ahad lalu oleh Angelini itu kemudian tular dan dikongsi lebih 6,300 kali. Angelini memberitahu dia pergi ke supermarket itu untuk menonton filem di panggung berhampiran dan melihat kejadian tersebut ketika mahu pulang sekitar jam 11 malam.
Dia juga memuji tindakan pekerja supermarket yang berani mengajar pemandu terbabit.
Lain kali, parkir di tempat sepatutnya. Peringatan untuk semua…