Buletin

PEUGEOT 308 DIUNDI KERETA TERBAIK 2022 OLEH JURNALIS WANITA

Women’s World Car of The Year mengumumkan Peugeot 308 sebagai kereta terbaik dunia untuk tahun 2022 berdasarkan undian oleh 56 orang jurnalis permotoran wanita dari 40 buah negara.

Pemenang WWCOTY itu diumumkan pada 8 Mac yang juga jatuh pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Pusingan pertama undian menyaksikan beberapa kereta terbaik dipilih berdasarkan kategori seperti berikut:
Best Urban Car – Peugeot 308
Best Family SUV – Kia Sportage
Best Large SUV – BMW iX
Best Family Car – Ford Mustang Mach-E
Best Performance Car – Audi e-Tron GT
Best 4×4 – Jeep Wrangler

Namun begitu, Peugeot 308 dipilih sebagai pemenang pada undian pusingan kedua berdasarkan kriteria seperti dinamik pemanduan, prestasi, keselesaan, serta rekaan keseluruhan.

Seorang juri, Sandy Myhre dari New Zealand berkata, “Peugeot 308 merupakan sebuah kereta yang menawarkan segalanya yang anda inginkan di dalam sebuah kenderaan. Ia mampu dipandu dengan baik, dan sukar untuk dipercayai ia dikuasakan oleh enjin 1.2 liter untuk hampir semua varian.

Sementara itu, Malene Raith dari Denmark menambah, “Peugeot 308 bukanlah kereta impian yang mahal, akan tetapi sebuah kereta keluarga yang mampu milik.

Google ads
Back to top button