Buletin

KONDUKTOR BAS PENGSAN GARA-GARA BAU DURIAN – “BELI DAN MAKAN KAT RUMAH, JANGAN BAWA MASUK BAS”

Seorang konduktor bas di Bangkok, Thailand, baru-baru ini pengsan gara-gara durian dibawa oleh penumpang.

Konduktor bas, Kussama Srisong, berkongsi di laman Facebooknya mengatakan bahawa ia adalah reaksi daripada alahan dialaminya kerana bau durian terlalu kuat di dalam bas.

Disebabkan insiden berkenaan, pemandu juga terpaksa memberhentikan bas bagi memastikan keadaan konduktor bas tersebut dalam keadaan terkawal.

“Kepada penumpang yang membawa durian ke dalam bas, disebabkan anda, saya mengalami alahan dan membuatkan penumpang lain lewat tiba ke destinasi,” tulis Srisong.

Mengimbas kembali kejadian itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang sekelilingnya, membantu menjaganya ketika tidak sedarkan diri.

Bercakap kepada media Thai Thairath, dia kini berasa lebih baik, tetapi masih mengalami pening.

“Sekiranya penumpang membawa buah durian ke dalam bas, mereka diminta beredar segera,” kata Srisong kepada Thairath.

“Kalau nak makan, beli dan makan dekat rumah supaya tak ada masalah.”

Google ads
Back to top button