
HONDA HENTI PENGELUARAN KILANG SWINDON. PELABUHAN SESAK, KOMPONEN TERTUNDA
Honda mengambil langkah menghentikan pengeluaran di kilangnya di Swindon, England. Ia berikutan kesesakan di pelabuhan sehingga menunda penghantaran komponen penting.
Begitupun, pengeluar Jepun tersebut akan cuba memulakan proses output secepat mungkin.
Kilang Swindon mengeluarkan kira-kira lebih kurang 110,000 unit kenderaan pada tahun lalu dan akan ditutup sepenuhnya pada tahun hadapan sebagai langkah pelan penstrukturan global Honda.
“Situasi semasa sedang dipantau dan akan memulakan semula produksi secepat mungkin,” kata kenyataan Honda.
Pengeluar kenderaan itu menggunakan kaedah pengeluaran ‘just-in-time’, komponen akan dihantar apabila diperlukan sahaja.
Menurut laporan Autocar, salah satu alternatif penyelesaian masalah tersebut dengan menggunakan perkhidmatan udara membawa komponen itu ke United Kingdom (UK).
Difahamkan, pelabuhan seperti di Felixstone, Southampton dan London Gateway berdepan masalah kesesakan kerana permintaan tinggi menjelang sambutan Krismas serta syarikat-syarikat memenuhi tunggakan permintaan akibat sekatan pergerakan.
Selain itu, terdapat juga syarikat menyimpan barangan untuk berdepan tempoh peralihan Brexit yang akan berakhir pada 1 Januari nanti.
Pengeluar kenderaan telah menghadapi situasi sama seperti dihadapi Honda. Sebagai contoh, Bentley meletakkan pesawat kargi dalam keadaan siap sedia untuk mengangkut badan kenderaan, mesin dan alat ganti.
UK dan Eropah mempunyai hubungan baik dalam perdagangan automtif, ia akan memberi kesan besar kepada pengeluar jika tiada perjanjian perdagangan dapat dilakukan. – carscoops
- BACA: HONDA CR-V 2020 CATAT TEMPAHAN 1,700 SEBULAN. VARIAN 1.5L TC-P 2WD DAN WARNA HIJAU METALIK PALING POPULAR
- BACA: HONDA N-ONE 2021 MAKIN MANTAP PAKAI AKSESORI MUGEN
- BACA: HONDA CITY HATCHBACK DILANCARKAN DI THAILAND. 1.0 LITER TURBO. MASUK MALAYSIA TAHUN DEPAN?
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R VS RENAULT MEGANE R.S. 300 TROPHY. MANA LAGI POWER?