Motosikal

BENGANG MOTOSIKAL SELALU ROSAK, PEMILIK JAWA FORTY TWO BAWA KELDAI SEBAGAI PROTES

Berang dengan masalah motosikal yang baru dibeli dan tidak berpuas hati terhadap maklum balas pengedarnya, seorang lelaki melakukan protes yang kreatif.

Abhayraj Singh, seorang pelajar yang juga bekerja dikatakan telah membeli sebuah motosikal Jawa Forty Two pada September tahun lalu. Malangnya, motosikal itu sudah tiga kali rosak.  

Dalam satu emel kepada Jawa, lelaki dari Udaipur itu memberitahu motosikalnya akan rosak setiap kali ditunggang lebih 100km. Keadaannya itu menyebabkan dia terpaksa menunda motosikal tersebut ke pengedar Jawa dengan bayaran tinggi menggunakan duitnya sendiri.

Walaupun sudah diadukan beberapa kali, pengedar Jawa itu gagal menyelesaikan masalah tersebut. Singh nyata tidak gembira dengan kualiti motosikal berkenaan.

Ditambah pula dengan sikap pekerja Jawa yang mengambil masa 15 hari untuk membaiki dan memulangkan motosikal kepadanya.

Pada 16 Julai, Abhayraj memuat naik muat layar emel ke Twitter dan ditag kepada Pengerusi Kumpulan Mahindra, Anand Mahindra dan Ketua Pegawai Eksekutif Classic Legends, Ashish Joshi. Namun, tiada apa yang berlaku.

Jadi, Abhayraj membuat protes dengan membawa dua ekor keldai dan mengikatnya pada motosikal di hadapan pengedar Jawa di Udaipur. Dia memanggil Jawa Forty Two itu sebagai keldai dan haiwan itu lebih bagus daripada motosikal berkenaan.

Protes itu mendapat perhatian ramai di India dan pastinya mencalar reputasi Jawa. Apatah lagi ramai pelanggan yang masih menunggu motosikal mereka selepas berbulan-bulan membuat tempahan.  

Abhayraj juga mengugut untuk membawa kes ke mahkamah dalam usaha mendapatkan wangnya semula.

Google ads
Back to top button