
MISI JALAN KAKI SEJAUH 6,437 KM DARI ENGLAND KE MEKAH
Secara tidak sengaja seorang lelaki dari England yang melakukan misi berjalan kaki secara solo sejauh 6,437 kilometer untuk mengerjakan haji di Mekah menjadi sensasi di laman TikTok.
Adam Mohammed berasal dari bandar Wolverhampton, melakukan misi tersebut dengan berbekalkan sebuah troli yang berfungsi sebagai ‘rumahnya’ sepanjang perjalanan terbabit.
Troli seberat 200 kilogram hingga 250 kilogram itu mengandungi makanan dan peralatan memasak serta akan menjadi tempat tidurnya untuk pengembaraan selama setahun itu.
Berdasarkan akaun TikToknya, @peacejournyfromuktomecca, Adam memulakan perjalanannya pada 2 Ogos lalu.
Pada awal minggu ini, seorang pengguna memberitahu bahawa dia meihat lelaki itu berjalan di bandar Coventry, England.
Ketika melalui negara itu sahaja, Adam berjaya mengumpul lebih 400,000 pengikut di TikTok dan 2.8 juta tanda suka daripada pengguna yang kagum dengan semangatnya.
Meskipun terpaksa meninggalkan isteri dan dua anaknya, lelaki itu tetap bersemangat tinggi dan berkongsi kisah perjalanannya setiap hari secara live.
Ketika dalam perjalanan, dia turut menerima pelbagai bantuan termasuk makanan daripada penduduk setempat selain sumbangan wang tunai daripada orang ramai yang dibuat menerusi kutipan dana.
Berdasarkan keterangan pada laman web kutipan dana tersebut, seorang individu yang pernah bercakap dengan Adam memberitahu, lelaki itu melakukan misi tersebut bukan kerana wang atau populariti.
“Dia ingin memberitahu kepada semua orang di seluruh dunia bahawa kita semua adalah sama dan tiada sesiapa yang lebih baik daripada orang lain,” katanya.
Adam dijangka tiba di Mekah sebelum musim haji pada tahun 2022. – coventrytelegraph
- BACA: PELABURAN GAGAL. PEMANDU ‘BALAS DENDAM PADA MASYARAKAT’, REMPUH PEJALAN KAKI SEHINGGA MAUT
- BACA: 4 SEKELUARGA NEKAD BALIK KAMPUNG BERJALAN KAKI BERATUS KM DARI JAWA TENGAH KE BANDUNG
- BACA: SANGGUP JALAN KAKI BALIK KAMPUNG DARI SHAH ALAM KE TANAH MERAH. SELAMAT SAMPAI RUMAH MALAM TADI
- BACA: MATI KERANA TERLAMPAU PENAT BERJALAN KAKI BERATUS KM UNTUK BALIK KAMPUNG