Buletin

PANGGILAN TELEFON HISTERIA MINTA BANTUAN. WANITA TERKEJUT ULAR DALAM KERETA

Jabatan Polis Eureka, California, Amerika Syarikat menerima panggilan histeria daripada seorang wanita yang meminta bantuan apabila dikejutkan dengan kehadiran seekor ular.

Wanita berkenaan yang sedang memandu di lebuh raya terkejut apabila menyedari seekor ular berada di bahagian bawah pelapik tempat letak kaki kenderaan dipandunya.

Melalui laman Facebook Jabatan Polis Eureka, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian untuk membantu wanita terbabit.

Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak polis berharap ia akan keluar dengan sendiri daripada kenderaan wanita terbabit kerana tidak boleh dipindahkan apabila spesies ular masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, kenderaan terpaksa ditunda ke satu lokasi lebih selamat apabila ular itu enggan keluar. Tidak lama kemudian, ia mengambil langkah bijak keluar daripada kenderaan dan seorang penduduk tempatan membantu meletakkan ular di habitat sesuai.

Difahamkan, pemandu wanita itu telah meneruskan perjalanan apabila memperoleh semangat semula selepas terkejut dan histeria melalui pengalaman menakutkan itu.

Perkongsian berkenaan telah menjadi tular dan mendapat perhatian netizen. – Daily Star.

Google ads
"
"
Back to top button