BuletinMotosikal

HAFIZH PERLU RM3.5JUTA UNTUK KEKAL DI MOTOGP

Berita penyingkiran Hafiz dari pasukan Tech 3 KTM untuk musim hadapan mencetuskan rasa sedih di kalangan peminat MotoGP tempatan. Biarpun baru semusim bersama jentera JTM, kontrak Hafizh tidak disambung sebaliknya tempat beliau digantikan dengan Bad Binder untuk musim 2020.

Masa depan Hafizh masih tidak jelas, namun ada beberapa pihak tampil untuk memberi sokongan terhadap pelumba negara itu.

Salah satunya ialah ONEXOX TKKR SAG Team satu lagi pasukan tempatan yang sedang bersaing dalam kelas Moto2.

Pengurus pasukan ini, Bobie Farid Shamsuddin tidak menolak untuk mendapatkan Hafizh bersama pasukan beliau

“Ada kemungkinan untuk Hafizh ke ONEXOX TKKR SAG Team di saingan Moto2.

Beliau bagaimanapun berkata, anggaran dana sebanyak RM3.5 juta untuk tempoh semusim diperlukan dalam usaha pihaknya memenuhi impian mendapatkan Hafizh.

Justeru beliau berharap mana-mana syarikat atau individu yang berminat dapat tampil membantunya merealisasikan hasrat itu.

ONEXOX TKKR menjadi penaja bersama untuk pasukan Moto2 itu yang ketika ini menggunakan khidmat Remy Gardner serta Tetsuta Nagashima.

“Kami perlu bersikap realisitik sebab secara jujurnya kami memerlukan dana. Ketika ini saya sedang berusaha untuk mencari dana bagi membolehkan Hafizh bersama kami musim depan.

“Sehingga semalam (kelmarin) selepas kenyataan berhubung Hafizh di akaun facebook pasukan, Alhamdulillah ada beberapa pihak menghubungi saya,” katanya.

Bobie yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi ONEXOX berkata, agak sukar untuk pihaknya memberikan komitmen menaja Hafizh dengan jumlah sebanyak RM3.5 juta setahun itu.

“Memang kami berkemampuan untuk jumlah itu tetapi kami terpaksa mengorbankan pelumba di saingan Cub Prix serta ARRC (Kejohanan Motosikal Asia).

Beliau turut menegaskan pasukannya tidak sanggup untuk mengorbankan 10 pelumba sedia ada demi mendapatkan Hafizh.

“Sekiranya kami memperoleh sokongan daripada mana-mana pihak, ada kemungkinan untuk merealisasikan ‘projek’ bersama Hafizh musim depan dan tidak menolah mungkin pada 2021 kita boleh membawa Hafizh ke kelas premier MotoGP semula,” katanya.

KREDIT:HARIAN METRO

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button