Buletin

HANTAR BARANG DENGAN TUMPANG,  LEBIH MURAH SEHINGGA 70%

Penghantaran barangan pukal ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia kini menjadi lebih mudah dengan Tumpang, platform logistik tempatan serba baharu dengan rangkaian lori pengangkut dan syarikat pengangkutan yang luas. 

Platform yang tersedia melalui aplikasi atau dalam talian ini menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai dengan memuatkan ruang kargo yang kosong dengan barangan. Ia kemudian dipadankan dengan kenderaan pengangkutan yang menghala ke destinasi sama.

Tumpang membolehkan pengguna memohon perkhidmatan penghantaran berdasarkan pelbagai pilihan harga daripada pengangkut yang berbeza dengan hanya satu klik. Antara pilihan pengangkutan yang tersedia termasuklah lori, trak, van dan kenderaan 4×4. 

Pengguna hanya perlu mengisi butiran mereka dan memuat naik gambar barangan yang akan dihantar, kemudian pilih tawaran terbaik daripada penyedia pengangkutan yang berminat. Perkhidmatan tersebut merupakan khidmat penghantaran dalam talian termurah di pasaran berbanding perkhidmatan lain sepertinya dengan kos sehingga 70 peratus lebih rendah.

“Dengan Tumpang, pelanggan atau peniaga boleh menghantar apa sahaja, seperti basikal ataupun barangan gudang pada harga terbaik. Rakan kongsi penghantaran kami juga sedia 24/7 untuk mengendalikan keperluan logistik anda. 

“Perkhidmatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelanggan, malah kepada pemilik pengangkutan dengan membenarkan mereka memanfaatkan sepenuhnya ruang kargo mereka dan memperoleh pendapatan daripada platform ini,” kataPengasas Tumpang, Patrick Tan. 

Pelancaran awal aplikasi Tumpang berangsung pada Mei 2021. Sehingga kini, Tumpang telah menghantar lebih 2,100 item dan lebih 1,000 rakan kongsi penghantaran telah menyertai platform setakat ini.

Tumpang juga bercadang untuk menambah jumlah rakan kongsi penghantaran bagi memenuhi keperluan  pelanggan yang semakin meningkat sambil mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan dalam dunia logistik.

Tumpang menawarkan harga terendah untuk penghantaran merentas negeri. Sempena dengan pelancaran rasmi platform ini, Tumpang menawarkan diskaun caj penghantaran RM12 kepada semua pelanggan mereka tanpa perbelanjaan minimum. 

Promosi itu berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022. Pelanggan boleh menebusnya dengan menggunakan kod

promosi ‘TUMPANGNOW’ yang hanya terpakai untuk satu penebusan saja bagi setiap pengguna.

Tumpang dijangka melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur tidak lama lagi, selain merancang untuk berkembang ke Singapura dan Thailand menjelang akhir tahun 2023. Selain menyediakan kenderaan pengangkutan, Tumpang juga menawarkan perkhidmatan pemindahan, di mana pelanggan boleh bergantung kepada sokongan daripada pasukan pemindahan profesional

Tumpang untuk mengemas, memuat, memunggah dan memastikan penghantaran anda tiba di destinasi dengan selamat.

Pelanggan yang berminat untuk menumpangkan barangan mereka dan mendapat maklumat lebih lanjut tentang tawaran lain boleh melayari https://tumpang.com.my/  atau muat turun aplikasi Tumpang Delivery di App Store dan Google Play.

Google ads
Back to top button