Buletin

HILUX SELAMBA REDAH SUNGAI PENUH BUAYA DI AUSTRALIA

Sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dilapor melakukan perjalanan berbahaya apabila melintas sungai yang dikelilingi buaya di sebuah kawasan pedalaman di Australia.

Aksi berani yang dimuat naik dalam TikTok sejak dua tahun lalu, masih ditayangkan dalam media sosial sehingga meraih tontonan lebih 1.4 juta, lapor Daily Mail. 

Klip video itu menunjukkan pemandu kenderaan tersebut mencuba nasib melintasi sungai dengan tidak mengganggu enam ekor buaya yang menghalang laluan. Pemandu berkenaan dilihat berhenti beberapa kali bagi memberi laluan kepada buaya untuk bergerak sebelum selamat sampai ke kawasan seberang tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Penduduk tempatan turut menyaksikan aksi penuh risiko itu. Lelaki itu antara ratusan pemandu lain yang mempertaruhkan nyawa memandu di kawasan yang menempatkan 120 buaya.

Cahills Crossing terkenal sebagai kawasan sungai paling berbahaya di Australia. Kawasan itu antara tempat terbaik dan paling terkenal untuk melihat buaya beraksi sehingga menarik ribuan pelancong setiap tahun.

Masa terbaik untuk melihat kehadiran buaya adalah antara Julai hingga November setiap tahun. – Utusan Online

Google ads
Back to top button