Buletin

HANYA KERANA SATU TWEET, NILAI SAHAM TESLA HANGUS RM69.1 BILION!

Satu hantaran tweet yang dibuat oleh pengasas Tesla, Elon Musk membuatkan saham pengeluar kereta elektrik itu jatuh 12 peratus dan nilainya hangus sebanyak AS$14 bilion (RM60.1 bilion). 

Musk dalam tweet menyatakan harga sahamnya terlalu tinggi. Saham Tesla didagangkan pada harga 760.64 dan menjunam kepada 717.64 selepas tweet berkenaan dan dilihat terus jatuh. 

 Tindakan itu juga membuatkannya rugi sebanyak AS$3 bilion (RM12.8 bilion) apabila pemegang saham segera menjual saham mereka.  

Dalam beberapa tweet yang lain, Musk memberitahu dia mahu menjual saham miliknya. Selain menyatakan teman wanita marah kepadanya. 

Pada tahun 2018, satu tweet mengenai masa depan Tesla di pasaran saham New York membuatkan pihak berkuasa mendenda Musk sebanyak AS$20 juta (RM85.9 juta) juta. Dia kemudian bersetuju supaya tweet dinilai dahulu oleh peguammnya. 

Jumaat lalu, Wall Street Journal melaporkan ia bertanya bilionair tersebut adakah dia bergurau tentang tweet harga saham Tesla dan kenyataan itu dibuat secara teliti. Jawapan yang diterima: Tidak.

Tahun ini, saham Tesla melonjak dan memungkinkan Musk akan menerima bonus sebanyak ratusan juta dolar. 

“Kami melihat komen Musk ini sebagai terlepas cakap dan itulah Elon. Perkara ini memang menyebabkan pelabur sakit kepala kerana isu tweet ini panas dan Wall Street sangat kecewa,” kata penganalisis dari Wedbush Securities, Daniel Ives.    

Google ads
Back to top button