Buletin

NAK CYBERTRUCK WARNA LAIN? WRAP SENDIRI – ELON MUSK

Antara soalan yang kerap ditanya berkaitan Tesla Cybertruck ialah adakah pembeli trak itu boleh memilih warna lain selain daripada perak. Seperti yang kita lihat selama ini, Cybertruck hanya tampil dalam warna perak dan tidak pernah ada warna lain. 

Jadi, soalan itu telah dijawab sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk apabila ditanya seorang pengikutnya di Twitter. “Anda boleh balut dengan apa jua warna atau corak yang anda suka,” balas Musk, ringkas. 

Jawapan itu tidak bermakna Tesla akan menawarkan pilihan membalut Cybertruck dari kilang kepada pelanggan. Ini kerana proses itu hanya akan menambah kerja ke atas rantaian bekalan di kilang dan boleh menjadi mimpi ngeri kepada Tesla.

Kita semua pun dah tahu yang Tesla memang gagal dalam mematuhi deadline mereka sendiri. Senang cakap, kalau pembeli ingin warna lain untuk Cybertruck, mereka perlu balut atau cat sendiri. 

Setakat yang diketahui kini, Cybertruck akan hadir dengan badan tidak dicat yang menggunakan besi tahan karat 30X berwarna perak. Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Tesla mungkin akan menawarkan warna lain. Tetapi, dengan komen terbaharu ini, ia berkemungkinan besar tidak akan berlaku. 

Sehingga hari ini, Tesla telah menerima lebih 500,000 tempahan Cybertruck yang dijangka memasuki produksi tahun depan. 

Google ads
Back to top button