Buletin

LOTUS MAHU BANTU PENGELUAR KENDERAAN BAIKI ASPEK PENGENDALIAN

Sedia maklum bahawa Lotus memang terkenal dengan kepakarannya dalam aspek pengendalian kenderaan. Lotus yang kini berada di bawah naungan Geely dilapor sedang sibuk untuk menyiapkan rangkaian model baharu bagi memastikan jenamanya terus hidup. 

Sebaik sahaja tugas menghasilkan barisan model itu siap, Lotus dilapor mahu membantu pengaluar kenderaan lain menamah baik kualiti pengendalian kereta mereka. 

“Lotus Engineering, perniagaan rundingan kami dilihat semakin kukuh. Jadi kami telah merancang untuk menawarkan program khas melibatkan aspek pengendalian kepada syarikat kereta yang lain. 

“Tetapi, tiada apa yang dapat disahkan lagi kerana ia masih dalam perbincangan,” kata Pengarah Eksekutif Kejuruteraan Kereta Sports Lotus, Matt Windle. 

Jika program itu berjalan seperti yang dirancang, kita akan boleh lihat kenderaan dipasang dengan lencana “Handling by Lotus”. Ala, macam kereta Proton dulu-dulu tu.

Lotus sebelum ini pernah menjalin kerjasama dengan banyak projek melibatkan beberapa jenama seperti DeLorean, Isuzu Impulse, Vauxhall Carlton dan model-model daripada GM.

Tunggu masa sahaja model Volvo atau Polestar akan hadir dengan versi Handling by Lotus ini. Maklumlah, semuanya bawah Geely kan..

Google ads
Back to top button