Artikel Pilihan

SUBARU BAJA HITAM – TRAK PIKAP RINGAN YANG RUGGED SUATU KETIKA DAHULU

Sebelum ini Brader Karrager berkongsi tentang sebuah model ute milik Subaru, BRAT yang kelihatan agak rare bagi pembuat Fuji Heavy Industries ini. Dan marilah Brader Karrager bawakan pula pengganti kepada model Subaru BRAT tersebut, Subaru Baja. Sebuah trak ringan dengan empat tempat duduk yang tidak kurang handalnya suatu ketika dahulu.

Model yang unik ini sebenarnya dibina berdasarkan model Subaru Legacy / Outback. Tujuan model ini dibina sudah tentulah untuk memenuhi keperluan sebuah kenderaan empat / lima penumpang dengan pacuan semua roda serta memiliki keupayaan ruang kargo terbuka untuk membawa barangan di bahagian belakang. Memandangkan Subaru Baja ini dibina berdasarkan pelantar sebuah kereta, maka sudah tentulah pengendaliannya jauh lebih selesa berbanding sebuah trak pikap yang tipikal. Cukup menarik apabila tempat duduk penumpang belakang boleh dilipat rata dan bolehlah kita menyusun kayu katil yang panjang misalannya untuk dimuat naik tanpa sebarang masalah. Bijak.

Dan sekali imbas, sudah tentulah iras wajah Subaru Baja ini sama dengan model Legacy / Outback tersebut terutamanya membabitkan muka hadapan. Iyalah, benda boleh jimat, kita kasi jimatlah kan. Cuma beberapa kemasan telah dikenakan bagi mengubah sedikit imej korporat kepada imej lasak dan rugged.

Subaru Baja ini mula berada di pasaran antara tahun 2003 hingg ke 2006 sahaja. Memang tak lama. Dan ianya sememangnya khusus untuk pasaran benua Amerika meliputi Canada dan juga Chile melalui kilang pemasangan Subaru of Indiana Automotive, Inc. di Lafayette, Indiana.

Pembeli di kala itu hanya ditawarkan dengan satu sahaja pilihan enjin, 2.5 liter dengan pengecas turbo yang boleh menghasilkan kuasa maksimum 210 hp. Baru rare trak pikap guna enjin boxer. Manakala bahagian kabinnya juga seiras dengan model Outback / Legacy. Menambahkan sedikit seri adalah bumbung suria untuk melihat bulan di malam hari. Cumanya pemasanganya macam tidak berapa kena apabila terdapat juga rail bumbung. Kalau dah letak barangan di atas, nak tengok bulan apanya.

Model ini boleh di kira sebagai berjaya juga apabila berjaya menjual 30,000 unit dalam tempoh yang singkat jangka hayatnya. Namun sayang apabila tiada lagi pengganti untuk model ini bagi meneruskan legasi trak pikal ringan Subaru.

BACA ; SUBARU BRAT – ORAIT JUGA UTE NI KAN?

BACA : BMW X7 – TRAK PIKAP KONSEP YANG MEWAH

Tags
Google ads
Back to top button