
HENNESSEY VELOCIRAPTOR 500 BRONCO, 3.0L V6 TURBO 500HP, 746NM!
Hennessey yang merupakan syarikat pengeluar kereta hiper dan pengubahsuai kenderaan berprestasi tinggi dari Texas, Amerika Syarikat menawarkan produk baharu untuk pelanggan.
Kali ini adalah VelociRaptor 500 Bronco yang merupakan model VelociRaptor kelapan daripada syarikat.
Model ini asalnya adalah sebuah Ford Bronco Raptor dan Hennessey telah mengubahsuai enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar untuk mendapatkan lebih kuasa.

Hennessey telah memasang intercooler depan dengan kapasiti lebih tinggi , sistem kemasukan udara laluan tinggi, talaan pengurusan enjin dan sistem ekzos tahan karat yang dipertingkatkan.
Hasilnya 20 peratus lebih berkuasa kepada 500 hp dan tork 746 Nm!
Kuasa tambahan itu boleh digunakan di jalanan dan juga ketika melalui pelbagai permukaan muka bumi.

Tipikal untuk Hennessey, bahagian luar turut disentuh melalui pemasangan bampar depan VelociRaptor dengan lampu LED, bampar belakang VelociRaptor dan pemijak tepi jenis simpan kawalan elektronik.
Roda saiz 18 inci yang digunakan dari Hennessey sendiri dan dipadan bersama tayar 37 inci. Turut meriah ialah grafik Warisan Hennessey dan kuda liar yang meronta.
Tidak dilupakan logo Hennessey dan VelociRaptor sebagai identiti istimewa. Pada bahagian dalam penyandar kepada mempunyai sulaman Hennessey, alas kaki semua cuaca dan plat nombor siri.
Plat nombor siri turut dipasang pada ruang enjin.

Hennessey memiliki keupayaan penyelidikan dan pembangunan sendiri dan setiap VelociRaptor 500 Bronco di uji litar persendirian milik syarikat.
Bukan sahaja menjual produk, setiap Bronco didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau jarak pemanduan 36,000 batu (57,936 km).
Harga? Bermula daripada USD$32,950 (RM152,624) termasuk Ford Bronco Raptor dan Hennessey sedia untuk membuat penghantaran ke pelanggan di serata dunia.

BACA: HENNESSEY VELOCIRAPTOR 6X6 GENERASI KETIGA DILANCARKAN
BACA: HENNESSEY VELOCIRAPTOR KALIS AK-47, BAHAN LETUPAN
BACA: DARI MANA DATANGNYA ISTILAH TRAK PIKAP? KENAPA BUKAN TRAK HAILAK?







