
PENGEDAR SUZUKI DI NZ CONVERT JIMNY JADI TRAK PIKAP. COMEL JER..
Sebuah pengedar Suzuki di New Zealand membuatkan ramai peminat Jimny tersenyum apabila mengubah suai SUV kompak tersebut menjadi sebuah trak pikap.
Walaupun Jimny memang terkenal dengan keupayaannya untuk mengharuang lalun off-road, namun ia bukanlah sebuah jentera ideal bagi tujuan mengangkut barang bersaiz besar.
Jentera itu mungkin tidak boleh menyaingi versatiliti atau kuasa trak pikap single cab yang ada sekarang.

Tetapi trak pikap Jimny memang unik dan menarik perhatian. Bahagian belakangnya dipotong habis, sebelum digantikan dengan satu pelantar aluminium kecil.
Model itu ialah model rasmi dan disahkan oleh Suzuki New Zealand. Jadi tiada masalah dari segi jaminan.
Ia dibina berasaskan kepada varian Jimny JX di pasaran New Zealand yang didatangkan dengan transmisi manual lima kelajuan.

Memandangkan ini merupakan varian asas, maka lampu utama LED diganti dengan halogen dan menggunakan rim besi berwarna hitam.
Varian itu juga tidak dilengkapi skrin sentuh. Sterengnya tidak dibalut kulit, tetapi butang kawalan masih tersedia.
Trak pikap itu masih dikuasakan oleh enjin empat selinder bersesaran 1.5 liter 100hp. Ia ditawarkan pada harga AS$23,000 (RM99,000) dengan penambahan sebanyak AS$7,300 (RM31,000) sebagai kos ubah suai.
- BACA: NAZA BAWA SUZUKI KEMBALI KE MALAYSIA. KITA BOLEH BELI SWIFT, JIMNY DAN VITARA!
- BACA: FUH SUZUKI JIMNY SETANDING DENGAN AMG G63?
- BACA: SUZUKI JIMNY BARU DAH SAMPAI! HARGA BERMULA RM168K!
- BACA: SUZUKI JIMNY GAGAL UJIAN MOOSE – NASIB BAIK TAK TERBALIK
GALERI











