Buletin

HERTZ FAIL BANKRAP. 16,000 PEKERJA DIBUANG. CEO TERIMA PAMPASAN RM39.3 JUTA

Syarikat penyedia kereta sewa, Herzt dilapor memfailkan kebankrapan selepas 100 tahun berada di pasaran. Langkah itu diambil selepas ia tidak lagi mampu menahan impak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia. 

Namun, memang mudah untuk menyalahkan pandemik ke atas kejatuhan sesebuah syarikat. Sedangkan realitinya adalah berbeza.

Ini kerana kejatuhan Hertz dan syarikat lain sebenarnya banyak disumbang oleh sikap sombong dan kegagalan untuk mengikut perubahan trend. Di samping tidak mahu mengadaptasi model perniagaan yang sewajarnya. 

Hertz memfailkan perlindungan bankrap minggu lalu dengan mencatat beban hutang sebanyak AS$19 bilion (RM83 bilion) dan lebih 700,000 buah kenderaannya tidak dapat bergerak akibat perintah kuarantin. Ia mengalami kerugian sejak empat tahun lalu termasuklah sebanyak AS$58 juta (RM253 juta) pada tahun 2019. 

Pada Mac, Hertz memberhentikan 12,000 orang kakitangan. Kemudian menghentikan sementara 4,000 pekerja lagi. Selain terpaksa bersaing sengit dalam pasaran kereta sewa, perniagaan Hertz juga terjejas teruk akibat saingan daripada Uber dan Lyft. 

Biarpun begitu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hertz, Kathryn Marinello menerima pampasan sebanyak AS$9 juta (RM39.3 juta) dalam bentuk gaji dan saham.  

Melihat kepada perkembangan semasa, peluang Hertz untuk kembali pulih sememangnya tipis. Baki pekerja yang ada hanya menunggu masa sahaja untuk diberhentikan. Ia juga terpaksa menjual sebahagian daripada barisan keretanya. Seterusnya memberi tekanan kepada pasaran kereta terpakai. 

Google ads
Back to top button