Motosikal

TERKINI: BEKAS PEMBEKAL JENTERA DI MOTOE, ENERGICA TUTUP KEDAI

Pengeluar motosikal elektrik berkuasa tinggi, Energica, telah disahkan bankrup menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Isnin. 

Energica, yang merupakan antara peneraju segmen motosikal elektrik berkuasa tinggi memberitahu bahawa kegagalan untuk mendapatkan suntikan kewangan termasuk pelaburan baharu menyebabkan syarikat itu tiada jalan lain selain mengumumkan muflis. 

Selain itu, ahli lembaga pengarah telah memutuskan untuk mencairkan segala aset yang ada untuk membayar pemiutang dan hutang. 

“Energica Motor Company SpA, pengeluar motosikal elektrik berkuasa tinggi dengan 75 peratus pegangan saham oleh Ideanomics Inc telah mengumumkan untuk memfailkan kebankrapan selepas mesyuarat ahli lembaga pengarah pada 14 Oktober 2024,” jelas kenyataan media tersebut. 

Perkembangan terbaru ini ternyata mengejutkan kerana selain menjadi peneraju motosikal elektrik berkuasa tinggi, kejayaan utama Energica adalah menjadi pembekal jentera elektrik bagi kejuaraan dunia MotoE sebelum digantikan Ducati bermula musim 2023. 

Google ads
Back to top button