Buletin

HONDA HENTIKAN JUALAN CIVIC SEDAN, JADE DAN CITY DI JEPUN MULAI OGOS 2020

Honda dilapor akan menghentikan beberapa model di pasaran Jepun tidak lama lagi. Pengguna di negara tersebut tidak lagi boleh membeli Honda Civic Turbo sedan, Honda Grace (City) dan Honda Jade. 

Produksi station wagon Jade akan dihentikan pada Ogos. Jualan Civic dan Grace juga akan dihentikan pada masa yang sama.

Ketiadaan Civic di pasaran Jepun bukanlah perkara baru. Ini kerana Honda tidak menjual model FD di sana pada tahun 2010, selain tidak memperkenalkan model generasi FB. 

Civic mula dilancarkan semula pada tahun 2017 menerusi model generasi FC selepas hilang selama lebih tujuh tahun. 

Ketiadaan varian sedan itu bagaimanapun tidak menjejaskan penawaran model hatchback. Model itu akan dihentikan jualannya apabila pelan Honda untuk menamatkan operasi kilangnya di Swindon, United Kingdom dilaksanakan. 

Honda mengesahkan tidak akan memperkenalkan model City baharu di Jepun.

Walaupun City cukup laku di pasaran lain termasuklah di Malaysia, namun ia tidak mendapat sambutan di sana. Sejak dua tiga tahun lalu, City/Grace tidak pernah tersenarai dalam carta 50 model paling laris di Jepun. 

Jualan Jade dilihat banyak dipengaruhi oleh model MPV Freed. Hasilnya, cuma sekitar 200 unit Jade dapat dijual sebulan berbanding 7,000 unit Freed untuk tempoh yang sama.

Dibina di atas platform Civic generasi kesembilan, ini membuatkan Jade sebagai model paling tua Honda. 

Google ads
Back to top button