Buletin

HONDA TAWAR PERKHIDMATAN SEWA KERETA TERPAKAI SECARA BULANAN DI JEPUN

Honda Motor Co. mengumumkan bahawa ia telah memulakan satu perkhidmatan yang membolehkan pelanggan menyewa kereta terpakai secara bulanan. 

Honda dilihat cuba untuk memenuhi keperluan pengguna yang tudak mampu mempunyai kereta dalam satu tempoh lama, tetapi perlu menggunakan dalam tempoh tertentu. Ini termasuklah mereka yang perlu pergi ke hospital, wanita mengandung dan kakitangan korporat yang yang tinggal jauh dari pejabat. 

Sebagai contoh, kos untuk menyewa sebuah Honda N-Box termasuk cukai kenderaan dan premium insurans bermula 29,800 yen (RM1,115) sebulan. 

Perkhidmatan yang dikenali sebagaI Honda Monthly Owner itu membolehkan pengguna menyewa kereta di antara dua hingga 11 bulan. Bermula dari sebuah kedai kereta terpakai Honda di Saitama, Honda merancang untuk memperluaskan perkhidmatan itu secara berperingkat-peringkat ke seluruh negara. 

Buat masa sekarang, lima model iaitu N-Box, Fit Hybrid, Freed Hybrid, Vezel Hybrid dan versi N-Box yang boleh diakses menggunakan kerusi roda ditawarkan untuk sewaan. 

Google ads
Back to top button