
DISAHKAN BANKRAP, JENAMA JERMAN BORGWARD MATI SEKALI LAGI
Siapa masih ingat akan jenama Jerman yang dihidupkan semula ini, dan pernah sekali mendarat di pasaran Malaysia beberapa tahun yang lalu.
Jenama automotif Borgward kini diisytiharkan bankrap oleh mahkamah di Beijing, setelah gagal mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Borgward dihidupkan semula oleh Beiqi Foton Motor, sebuah syarikat subsidiari BAIC Group pada tahun 2014, dan terdapat perancangan untuk mendirikan fasiliti pemasangan di Bremen, Jerman.
Di China (dan beberapa negara lain), Borgward menjual beberapa model crossover seperti BX3, BX5, BX6 dan BX7.
Jualan Borgward memuncak pada tahun 2019 dengan jumlah keseluruhan 55,000 unit, namun angka tersebut turun mendadak kepada 3,600 unit sahaja tahun lalu.
Malah, antara tahun 2016 hingga 2018, Borgward mengalami kerugian bernilai $564 juta, dan tahun lalu sahaja mereka mengalami kerugian yang lebih besar daripada jumlah yang disebutkan tadi. – Automotive News Europe