Buletin

51% RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU MILIKI KERETA. LEBIH SUKA SEWA JIKA IA MEMUDAHKAN

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Avis Budget Group, penyedia penyelesaian mobiliti global mendedahkan bahawa walaupun keretea kekal popular sebagai satu bentuk pengangkutan, tetapi sikap pengguna terhadap pemilikan kereta telah berubah secara signifikan.

Hamper 97 peratus warga Malaysia yang terlibat dalam kaji selidik berpendapat pemilikan kereta adalah penting. 67 peratus melihatnya sebagai satu mode pengangkutan yang ideal.

Namun, 51 peratus memberitahu mereka akan menimbang untuk melepaskan pemilikan kenderaan dan bergantung kepada sistem sewaan jangka panjang jika ia mudah buat mereka.  

Laporan yang bertajuk The Road Ahead: The Future of Mobility itu menilai perubahan landskap mobiliti di seluruh dunia.

Dalam kaji selidik dijalankan di 16 buah negara di Eropah dan Asia itu, responden mendedahkan pada dekad akan datang, pengguna mahu beralih kepada mode pengangkutan yang berdasarkan permintaan.  

Faktor utama yang membawa kepada revolusi pengangkutan ini ialah teknologi, terutama rangkaian 5G.

Baru-baru ini, kerajaan telah memulakan demonstrasi projek 5G dan mendakwa Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk menjadi antara negara Asia pertama yang melancarkan teknologi tersebut.

Sebaik sahaja diimplementsikan, sejumlah besar data yang disediakan oleh rangkaian 5G akan membolehkan syarikat mobiliti mengumpul data, seterusnya digunakan bagi menambah baik pengalaman perjalanan.   

Kaji selidik Avis Budget Group juga mendedahkan 73 peratus responden rasa selesa data mereka diakses dan dikongsi bagi tujuan implementasi sinfrastuktur pintar dan pengalaman perjalanan yang lebih baik. Lebih 81 peratus responden juga mengharap memandu akan lebih mudah nanti.

“Ekspektasi untuk perkhidmatan berasaskan kepada permintaan telah memberi impak kepada industri mobiliti dan menyebabkan evolusi yang kita boleh lihat pada hari ini.

“Misalnya boleh menempah teksi dan menyewa kereta selama seminggu menerusi telefon pintar,” kata Presiden Antarabangsa Avis Budget Group, Keith Rankin.

Google ads
Back to top button