Buletin

PEKERJA-PEKERJA SYARIKAT SEWA KERETA INI MERUPAKAN PENCURI PALING TERUK DI DUNIA

Jenayah curi kereta memang berada di mana-mana saja di dunia ni cuma caranya saja yang mungkin berbeza-beza. Begitu juga dengan pencuri kereta, ada yang bijak pandai serta mungkin mempunyai kepakaran teknolgi yang tinggi. Tapi itu buka bermakna anda tidak boleh mencuri kereta jika kurang bijak. Boleh, cuma memang sekejap saja rasanya dan kena sumbat dalam lokap rasanya.

Contohnya 3 orang samdol bekas pekerja syarikat sewa kereta di Phoenix, Arizona ini. ABC News melaporkan yang ketiga-tiga orang ini telah ditangkap berikutan kecurian 26 buah kereta di mana 21 daripadanya didapati telah berada di Mexico beberapa hari selepas dicuri.

Antara kereta milik syarikat terbabit yang dicuri ialah Chevrolet Corvette Z06. Tiga orang saspek terbabit ialah Rick White,Tyshawnee Collins dan Dwayne Cantley dan kesemuanya merupakan bekas pekerja syarikat sewa kereta terbabit.

Mereka dikatakan bekerjasama dalam membolehkan kereta tanpa dokumen kontrak sewaan dipandu keluar daripada lot simpanan tanpa pemeriksaan melalui sistem imbasan. Ia membolehkan kereta-kereta terbabit dibawa keluar tanpa disedari sesiapa. Pemandu-pemandu yang bersubahat melarikan kereta-kereta terbabit masih belum dikenalpasti tapi rasanya bukan susah sangat pun nak cari.

Idea mereka memang menjadi sehinggalah ia disedari oleh pengarah keselamatan syarikat. Ye lah, kereta ni bukannya kecil macam basikal, kalau dah ada lot kosong semestinya ada kereta yang hilang. Semakan segera dilakukan melalui inventori dan ternyata kereta-kereta tersebut telah dicuri.

Pengarah terbabit melaporkan kepada pihak polis dan siasatan melalui CCTV mendapati saspek-saspek berkenaan bertugas di pintu keluar masuk sewaktu kejadian dan mereka berpura-pura memeriksa kereta-kereta tersebut sebelum keluar dari lot simpanan.

Ketiganya ditangkap dan didakwa atas tuduhan mencuri kereta. Cuma pihak berkuasa masih lagi belum pasti macam mana 21 buah kereta tersebut boleh berada di Mexico tanpa disedari oleh Pengawal Sempadan. Rasanya kes ini pun boleh diselesaikan dalam sedikit masa sahaja. Yang kelakarnya pula macam mana saspek-saspek ni yakin yang rakaman CCTV tidak akan mengaitkan mereka dengan kecurian. Memang diorang ni bodoh sejak azali ke apa?

Google ads
Back to top button